Pages

17 Apr 2017

My Reaction: Ciri-ciri anak ke empat

Salam guys.
Selalunya orang selalu sembang pasal anak sulung, anak bongsu dan anak kedua.
Anak-anak tengah ni memang kurang perhatian gamaknya. So aku jumpa fakta-fakta ni lah katanya kat internet. 'Fakta' ye kengkawan; ciri-ciri anak keempat.
Jadi, selaku anak keempat, aku mewakili anak-anak keempat seluruh dunia nak react skit untuk setiap fakta.


1. Sering Membuat Orang Tertawa dan Menangis
- Aku memang jenis yang mudah terhibur dan suka share bende kelakar; tapi penyampaian aku selalu gagal; FAILED. Kalau aku betul-betul jadi diri sendiri to its fullest, possible saje nak buat orang menangis. Tapi aku ada kepentingan untuk tidak buat begitu dan halangan nak buat gitu juga.

 2.Tidak Ingin Menyusahkan Orang Lain
- Yup. Kecuali waktu-waktu kritikal; aku akan desperately minta orang tolong dan waktu cenggini boleh jadi aku pentingkan diri.

3. Terlihat Sombong saat Belum Kenal
- Emm, tak juga. Bagi aku ya. Tapi cara orang react ngan aku, hmmm macam tak pun.

4. Mudah Terpengaruh dengan Orang
- Hahaha ini memang. Dah banyak kali dah kene ngan adik beradik; sampaikan aku jadi extra hati-hati; susah nak percaya orang walaupun secara zahirnya aku angguk.

 5. Sering Memberi
- Mmmm...tak tak. Sadly, aku banyak menerima; susah betul nak memberi; I am trying, though.

 6. Setia dengan Lagu
- semestinya betul! Betul ngat-ngat. Kalau bahasa asing lagu tu, aku akan belajar bahasa tu siap; hafal! Once; siap share lirik lagu tu dekat whiteboard bagi classmates tengok. Cee.

 7. Orangnya sangat Ramah
- Nope. Yes tapi selective sahaja.

 9. Pandai Merayu sebagai Anak Kecil
- Jawapan sedih; tidak

 10. Sering Khwatir dan Suka Maksa
- Ya, benarran. Aku akan cuba paksa, samada secara terangan atau bagi hint hint gituh.

 11. Cepat Kasian dengan Orang lain.
- Bukan dengan orang ja. Ngan bukan benda hidup pun.Plis la jangan membazir kapal untuk  movie lagi.

 12. Suka Menolong dengan Kesungguhan
- Mesti la. Alang-alang tolong kene bersungguh biarpun tak ikhlas mula-mula. Walaupun mungkin kita tak dapat nilai ikhlas itu, at least worth it to the other side; orang yang kita tolong tu.

 13. Sangat Sensitif.
- Yup. Tapi in some ways, I control this sensitivity for my coolness hak!

 14. Cepat terasa.
- The other reason aku tak nak mudah dekat sangat dengan orang. Bila terasa, abih satu hari or beberapa hari moody. The worst aku akan berdendam.

15. Mempunyai Suara Bagus Saat Menyanyi
- Yup (hahaha angkat bakul sendiri, well narcissistic) Tapi tak mahir control tone ngan kekuatan suara.

16. Hanya beberapa orang faham dengan Sifat Anak Keempat
- So far. Nobody could understand me hwaaa

17. Pendiam Walau Ada Masalah
- Yup. Kalau orang lain tahu dikhuatiri lagi teruks.

18. Sangat Pemalas!
- Sorry ar. Bende ni betul Tapi kalau aku rajin, mmmph rajin sungguh!

19. Tak hangout keluaq; tidor lewat malam.
- Yezza, bagi aku membuang masa especially kalau keluar tapi at the same time takleh nak enjoy.
Tido lewat malam; ikut timing jugak la.

20. Bangun Siang lambat
- Secara neutralnya yes. Walaupun tnagh encounter bende alah ni. Susah wooo jihad ni. Lepas subuh terus terpeleok.

 21. Tidak Pernah Ganggu Orang
- A ar. Aku jenis prefer walaupun dalam crowd; buat kerja aku sesendiri walaupun duk fikir masa depan; as long as bende tu tak membuatkan aku rasa lonely. Bila rasa lonely baru aku pi cari modal.

 22. Tidak Suka dengan Orang yang Sering bertanya
- Masalahnya akulah orang yang selalu bertanya walaupun benda yang dah sebut sebelum tu. Aku nakkan kepastian laa.

 23. Kalau sudah bercakap Susah Berhenti
- Hanya orang-orang tertentu sahaja aku boleh share tahap gebang walaupun baru jumpa; rahsia, gosip you name it. Dan ikut mood jugak

 24. Apa yang dikatakan, akan dibuktikan!
- Semestinya. Tapi hanya pada kata-kata yang betul-betul dari hati. (kalau sekadar, bercakap sebab nak menangkan pendapat majoriti tanpa aku brtul-betul setuju; tidak la)

 25. Bila benda dah takde kat depan baru nak cari-cari balik.
-  Yes and I regret of doing so; not appreciated.

 26. Bersabar Selagi boleh
- A ar. Kalau tak tahan sangat, pergi celah dinding, menangis la kita. Nak-nak bila tahan marah dah tak tertahan.

 27. Tak Suka Dipaksa
- Aku boleh jadi 'sakit' kalau sokmo kene paksa.
Tapi ada benda kan kalau nakkan kita jadi lebih baik, keterpaksaan itu perlu, tahu tak nak hadap sakit tu agak susah.

 28. Pelupa!
- Ya Allah. Yang ini selalu yang teramat sangat! Kadang, syampu dua kali. Atau teriba cuci muka dengan syampu.

29. Kalau boleh semua bidang nak ceburi.
- Yang ni 100% setuju. Tapi aku manusia biasa yang tidak genius. I am just an ordinary people.


Natijahnya, bukan semua ini betul. Banyak yang betul tapi iyelah kan, setiap orang perjalanan hidup lain; so mental development; emotion; lain tiap-tiap orang. Ada benda yang terbatas nak dizahirkan secara fizikal bila emosi yang bermacam-macam jenis ni ork.



No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.