Pages

29 Nov 2016

Need Not to Tell.....or..Revealed.

Salam hi.

LINK resepi oreo batik
Jangan salahkan oreo, oreo tak bersalah dalam hal iini.
Cuma nampak sedap dan boleh tambahkan berat badan
Boleh klik link biru untuk tambahkan berat badan....kalau makan hari2

Pernah tak rasa bila kau berpura-pura in good ways, tapi diri dalaman kau rasa hipokritnya kau.
Tapi, good ways in what ways?
Macam inilah, kita sebagai manusia biasa mesti ada side buruk walau sebaik mana pun kita. Iman manusia ni turun naik. Ada masa, kita ada perasaan benci, cemburu dengan orang lain. Ada masa kita rasa menyampah dengan orang lain. Ada masa kita tak menjaga pandangan mata kita tengok orang yang lain jantina in amazement. Ada masa kita 'pinjam' barang orang camtu je. Aktivit-aktiviti tersebut berdasarkan iman kita. Kadang-kadang benda ini semua kita simpan pada diri kita je. No one knows except Allah and you.

Jadi, sayang...bila kau berada dekat orang ramai, dalam kalangan masyarakat, secara fitrahnya kau takkan cuba menonjolkan side buruk tu, apatah lagi pada orang yang kau rasakan ada autoriti besar seperti guru Pendidikan Islam, advisor kau kat company, bakal ayah mertua, etc . (Manusia lebih aware pada autoriti yang nampak daripada ghaib; depends on Iman balik)

Berbalik kepada soalan hipokrisi tadi;

Dia  boleh jadi dua benda;
1) Kau hipokrit sebab kau taknak orang tahu side buruk tu sebab kalau mereka tahu, status kau sebagai manusia beriman atau baik itu akan jatuh.

2) Kau berpura-pura sebab kau tak nak keadaan akan jadi lebih buruk baik pada orang yang kau hadapi atau diri kau sendiri dan pada masa yang sama kau mengharapkan perasaan tidak baik itu hilang.

Kenapa timbulnya persoalan ini, kerana aku terfikir sesetengah orang bangga dengan kemungkaran yang dia buat sedangkan dia tahu status kemungkaran itu macam mana.
Sememangya fitrah manusia ini kalau tidak dikawal dengan iman dan akal, maka berlakulah kemungkaran. Dalam hidup manusia ini, memang manusia akan melakukan dosa dan pahala bersilih ganti. Oleh itu, selepas wudhu, salah satu maksud dalam doa itu ialah, "(ya Allah), Jadikanlah aku golongan yang selalu bertaubat"

Ya, kepura-puraan itu perlu. Sekiranya kita sedar kesilapan kita, bukanlah kita perlu share keseronokan dosa atau benda yang tidak bermanfaat itu pada orang lain. Keep it to yourself. Bila melibatkan hubungan kau dengan Allah semata-mata. Just keep it to yourself. Keep it to yourself.
Biarlah pengalaman yang kita dapat daripada perkara yang tidak bermanfaat dan mungkin mendatangkan dosa apabila melibatkan maksiat itu sebagai pengajaran buat kita dan sebagai bibit sumber nasihat untuk orang lain...ahhh bibit sumber..apakah itu term yang betul.

Apa apa pun, kita boleh muhasabahlah, kita yang mana antara dua golongan daripada section "Boleh jadi Dua Benda" itu tadi.

Sekian sahaja daripada rancangan hari ini.

Zai Jian!!!

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.