Pages

25 Nov 2016

Getting soaked...basah

Salam Hi..

Pada masa lapang cenggine moh ler kita usha2 twitter dan instagram.

Tetapi,

Ada satu gambar, aku terkejut kerana ada satu persatuan yang berteraskan Islamik, yang mana ahli-ahlinya bergambar, berendam dalam air sungai. Gambar itu dalam pose yang formal, tapi both jantina laki dan perempuan dalam air dengan jarak yang aku boleh assume agak dekat; Well, macam gambar kelas yang satu row duduk kat kerusi, satu row berdiri di belakang. Tapi, itu aku usha feed tempoh hari.

Well, aku husnuzon, diorang masuk air cuma untuk bergambar. Selebihnya, mereka beraktiviti asing-asing atau dalam erti kata lain dalam keadaan menjaga di kawasan tebing. Tapi either way, aku tak rasakan itu adalah appropriate apatah lagi kalau misi persatuan yang dibawa ialah untuk menegakkan ajaran atau the way of life Islam yang sebenar.

Aku bukanlah orang yang pious. Banyak jugak kemungkaran tak terhalang dan tak tercegah. Tapi, dalam hati aku tidak boleh terima situasi cenggini.
Apabila kita berada dalam suasana yang tujuannya ingin menjaga tatatertib sebagai seorang yang Islam betul-betul, jadi, peraturannya kene lah ikut, apatah lagi benda yang melibatkan keramaian, bercampur lelaki dan perempuan macam ni, dan bukannya perihal peribadi atau personal matter.

Tahu sajalah bagaimana keadaan bila basah, berada dalam air, selabuh mana pun baju awak.
Aku bercakap dari perspektif perempuan. (feminis ke)

Apa-apa pun..
WaAllahua'lam.
No matter how the real story goes,
Moh ler kita mendoakan kesejahteraan masing-masing, jiwa, rohani, dan fizikal.

#ikhtilat

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.