Pages

8 May 2016

Hakim tidak bertauliah


Assalamualaikum
Alkisah judging jap ye.

1. Kereta Biru
Hari tu, baru lagi, aku dan adik beradik.
Sesampai saja dekat supermarket , cari parking cam biasa, ada la satu kereta yang menjojol keluar. Rupanya dia pun parking. dah parking, assuming tuan ada dalam supermarket la kut.
Sampai jam sebentar, dan kitorang duk bising.
Mana taknya bila gi dekat space parking, petak dia masih luas.
Kitorang pun buat statement "Fail parking" sebab susahkan kereta nak lalu. ALhamdulillah kitorang dipermudahkan dapat park juga.  Lama duk dalam supermarket, kitorang pun keluar, alaa kereta tu masih ada. Sangat tak patut.
Bukan nak tunjuk hati baik, tetapi, kita manusia ada saja poor judgment. Kita boleh judge, tapi tak semestinya betul. The other side of the story, mungkin kereta sebelum kereta biru tu yang salah pada mulanya. Faham tak? Mungkin pada awal, kereta yang park depan kereta biru terlebih petak dia park. Jadi, kereta biru takde pilihan sama ada sodok kereta tu, atau park biar kasi space antara dia dan kereta depan dia pada awalnya. Jadila macam tu

Alaaa...kereta cam ni pun nak bising.

2. Spongebob Squarepant.
Peminat tegar weh. Aku tengok yang versi Bahasa Malaysia la, lagi feel lawak diorang. Satu episod spongebob jadi pegawai pantai. aku tak tahulah kalau memang skrip dia illogical macam tu dengan tujuan buat lawak atau orang TV yang salah translate. Kan pada awal, si Larry ada cakap yang Spongebob tak boleh nafikan yang dia Spongeguy tu pegawai pantai. Larry judge Spongebob la maksudnya based on outer appearance (konon rupa ada bibit pegawai pantai). At the end, spongebob fail bertugas jadi pegawai pantai, dan Larry pun sedar "awak bukan pegawai pantai kan".
Poor judgment. Aku ulang, skrip nada diorang lawak kalau korang nilai.

Ini pun nak kasi cerita ke? Matang skit weh.

Judgment.
Aku nak korang analisa nilai penting yang ada dalam 2 cerita simple ni.
Secara luaran, sesuatu benda itu bukanlah sesuatu yang kita sangkakan.
Kadang, disebabkan first impression atau expectation kita terhadap benda atau orang lain, kita didatangi rasa penyesalan selang beberapa waktu lepas tu.
Ada ketika, kene buat judgment sebagai aset berjaga-jaga.
Ada ketika, sangka baik itu perlu.
Kita manusia in shaa Allah boleh menilai, yang mana perlu kita aplikasi dalam melihat sesuatu...buruk sangka sebagai jaga-jaga, atau berbaik sangka.
Ingat, disebabkan buruk sangka, boleh jadi pershabatan hancur, ingat tu!


So, how are you going to judge this post?

1 comment:

  1. awak tak boleh nafikan. last2 rupanye poor judgment. hahahahha lolss..... yg myvi tu xleh nak judge gak. maybe org sblum dia parking makan petak. so dia end up terpaksa park macam tu. :P

    ReplyDelete

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!