Pages

20 Apr 2017

Balas Membalas

Assalam pepel

Kalau kau butthurt, tak payah nak membalas sangat la dekat orang tu.
Tak payah nak berdendam, dan jangan lah nak amik secara personal dan peribadi, diorang tu bukannya tahu sangat pasal kau, apa yang kau hadapi.

Part membalas tu, kita serahkan pada Yang Maha Berkuasa. Seriously, orang yang menyakiti kau akan dibalas balik punya. Kau sakit, nanti diaorang akan rasakan benda yang sama jugak. Waktu diorang kene benda yang sama, kau tak boleh lah berpuas hati pulak, jahat dan berbau benor hati tu.

Tapi jangan jadi lurus jugak, ada benda yang kene pertahankan hak kau; dan kau kene tegas especially bila boleh selesaikan dengan melibatkan law dunia ni; smentara law itu ada gunakan sebaiknya walaupun mungkin kelihatan kurang adil dan mengambil masa lama.
Aku tak suka gak tengok orang yang terlalu memaafkan; sampai jenayah yang confirm ada motif dan sengaja dibuat pun nak maaf-maaf. Ni dalam drama nih.

Dan kesakitan yang kau hadapi itu boleh dijadikan satu refleksi untuk diri kau and improve diri engkau. Hati kau akan jadi kering darpada benda yang selama ini selalunya boleh buat kau sakit.

Kayh.



No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!