Pages

15 Jul 2016

Raya dengan advisor

Assalamualaikum hi.

Hai..kebelakangan ni sakit perut je manjang. Tak tau kenapa.
Dan hari ni rasa nak bernulis blog sebab baru je browse satu website tadi dan website tu cantik.
Dengan isi yang memberangsangkan.
Selama ni pun dah banyak dah draft dalam blog ni.
Tapi pa cerah tak habis-habis nulisnya apatah lagi nok publish, macam sorang watak villain dalam Jimmy Neutron tu, selalu takleh habiskan benda yang dia buat. 180 darjah beza dengan Sheldon Cooper.
Soal Sheldon kan, namanya terseru, mengikut personalitinya, ok, abaikan bahasa dan grammar di sini ye. Saya tak skema lajok cam yer.

Aku ada jumpa dengan advisor.
Hikmah bertukarnya advisor ni, aku dapat embrace kata-kata positif dia buat pertama kali jumpa.
It is the matters of how we embrace things.

"Madam, saya sebenarnya risau sebab saya kene ambik 4 subjek tough sem depan. Risau gak ni takleh bawak. Sebab member2 kata susah"

Aku luah camni pun sebab ada satu subjek aku dapat C sem lepas, and madam agak terkejut la sebab dengan asbab subjek tu, pointer turun teruk.

Madam nasihat, kita tak payah nak dengar apa yang orang laen kata.
Kita dengar camtu, dan kita buatkan diri kita percaya, maka negatif lah apa yang kita nampak.
Kita yang sebenarnya buatkan diri kita percaya.
Orang yang tak boleh nak handle tu sebabnya mungkin math and physic dia not so strong in terms of dia yang malas nak bertanya, fahamkan konsep dn buat latihan.
Instead of kata payah, katakan bahawa subjek-subjek itu pergh mencabar.
Mencabar dan cabar diri awak, biar awak sbenanrnya boleh handle!!!

Oh, bila aku tulis sampai part ni. Baru aku sedar, yang bukan takat ini je kita punya kepercayaan bahawa kita ni boleh lakukan, tapi untuk other part in our life jugak.

Kita jenis pemalas, katakan pada diri sendiri bahawa "saya cabar awak, yang awak boleh manage even untuk susun kasut dalam rak!"

Kene tanam dan kene semai, kene apply...baru boleh petik hasil dia iye daakk...

Bidang apa pun, selagi awak bersungguh-sungguh, fahamkan konsep, biasakan diri dengan subjek2 tu yakni buat latihan sokmo-sokmo, etc, in shaa Allah, awak boleh petik camtu je bila ada orang nak atau awak sendiri nak guna.

Harapnya, iA, aku pun boleh apply apa yang madam nasihatkan tu. Terima kasih madam.
Selamat Meraikan Syawal.

k

Byeeee..
Asssalamuaikum...
Ada yang manggil huhihu

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.