Pages

17 Jul 2016

Sorry for not being committed enough

Bila dengar berita pasal Turkey,
Aku jadi sangat tersentap dengan diri sendiri, datang sekali dengan renungan-renungan events yang pernah berlaku, isu semasa yang timbul, aku didatangi fikiran

" kenapa aku tak tahu semua benda ni? "

Alhamdulillah, bersumberkan dengan apa yang ada, aku boleh google. Tapi terlalu panjang untuk memahami dari akar. Aku sendiri menjadi sangsi dengan maklumat-maklumat yang ada.

Aku jenis yang harus tahu punca tentang sesuatu teori,atau incident, baru aku boleh dengan yakin untuk bagi penilaian dan keputusan. Selagi mana ada benda yang tergantung, hidup takkan tenang dan mudah putus asa.

Bila aku sedar...

"Kenapa aku tak tahu pasal ni "

Aku sedar yang aku gagal menjadi seorang masyarakat yang cakna...
Aku bimbang,dikhuatiri kelak semakin banyak aku berpegang pada pemahaman dan ideologi salah.
Aku juga bimbang apabila muncul permasalahan tertentu, aku terpaksa mendiamkan diri disebabkan jahil hujah.

Apa yang aku tahu, dunia sekarang sangat mengelirukan dan penuh syak wasangka. Apalagi yang betul-betul reliable?

Hidup pada zaman ini, banyak cabaran.
Ramai yang sudah, meninggalkan kitab itu...menyangkal hukum-hukum yang termaktub, menidakkan realibility golongan yang mahir pada bidang itu. Dengan adanya media sosial, makin menjadi-jadi keberanian para para pahlawan bersenjatakan keyboard.

Kalau zaman ini dah jadi begini.
Apa yang bakal dihadapi generasi akan datang?

"Apakah aku main-main dalam menyampaikan kebenaran ini?"

Aku sedar yang aku tidak serius dalam hal menyampaikan kebenaran ini...
Kerana aku sedar yang aku masih berjiwa lemah.
Aku masih kurang tahu... banyaK.
Aku masih ada kesangsian even pada diri sendiri.

Aku hanya mampu pandang jauh dan lihat sahaja apa yang berlaku.
Paling lemah... aku hanya boleh mengeluarkan senjata doa.
Aku sendiri lalai dengan nikmat dunia yang hanya sedikit dan sekejap ini.

Aku juga adakalanya memberontaK.
"Kenapa ini berlaku"

Menerima qada dan qadar dengan reda, adalah sesuatu yang mencabar...
Mungkin inilah juga salah satu punca,
Di mana letaknya kesyukuran seseorang manusia itu?  Melepaskan segala apa yang telah berlaku, dan hanya mengambil bibit2 pengajaran daripada peristiwa lepas, dan betul-betul menikmati masa sekarang tanpa memandang ke belakang.

Banyak kena baiki...
Jnganla melarikan diri lagi
Hadapilah semuanya walaupun sakit dan perit, semoga, kepada Allah lah kita semua berharap.

WaAllahualam

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.