Pages

23 Oct 2016

Yang pasti, manusia itu saling memerlukan

Orang yang berjerawat dekat muka yang indicate stress ni dah jadi macam muka orang yang kene tumbuk dah. Kat mana? Area antara pipi dan dagu, tepi bawah bibir.
Sebagai orang yang berpengalaman, memang hati, jiwa dan ekspresi mulut dihayati dalam kestressan. Walaupun tidak stress, tapi fikiran waktu biasa-biasa boleh jadi tegang. Sebab tu muka nampak masam. Jerawat pun tumbuh bak cendawan tumbuh lepas hujan. Aaargh...

*Done meroyan

Haih.



Baru habis satu kursus ni.
Bila join kursus ni, aku sedar yang aku dah cukup besar orangnya untuk berusaha menunaikan tanggungjawab yang ada. Maksudnya, dah tidak boleh main-main lagi. As time goes by, kematian pun mendekati bukan? Jadi, kita kene serius + tenang dalam menghadapi cabaran tanggungjawab ni.

Sebagai seorang rakyat yang duduk di sebuah negara yang aman damai, aku terkesan melihat bagaimana orang-orang Syria yang sumber-sumbernya begitu terhad, berusaha bangkit dari cebisan-cebisan runtuhan, rekahan yang ada di sekeliling mereka. Mereka memproses minyak daripada plastik-plastik tinggalan yang masih ada dalam longgokan besi, batu, binaan yang runtuh disebabkan pengeboman. Sementara itu, kita warga aman di sini secara fizikalnya lah....masih bergaduh tentang perkara remeh yang akhirnya  menunjukkan low level mentaliti kita.

Nauzubillah daripada apa yang aku katakan ini, tapi tidak mustahil untuk berlaku sekiranya perkara sama yang berlaku pada kita sebagaimana yang berlaku di Syria...banyak nau perkataan berlaku.
Pada waktu itu, kita mungkin kebengongan tidak tahu nak buat apa...dan disaat itulah boleh jadi 'teknologi' baru yang dibangkitkan orang Syria itu akan menjadi dambaan, harapan buat kita. Kita pula yang akan meminta tolong pada mereka sebagaimana mereka mengharapkan kita umat Islam dan masyarakat seantero dunia menolong mereka pada waktu ini.

Kembali kepada diri kita,
Sebelum kita dapat bawa orang lain, apakah diri kita sudah terbawa?
You what I meant ah?
Kita nakkan negara yang bebas penganiayaan, secara fizikal dan emosi...
Penganiayaan yang jelas nampak dan yang tidak jelas tapi dapat dirasakan.

Kita NAK bawa masyarakat, negara kita ke arah kebaikan, kesatuan,
tapi apakah kita dah terbawa kepada kebaikan itu???

Mentaliti kita bagaimana?
Dari mana datang mentaliti itu?
Pemahaman dan jiwa kita!!!
Kalau jiwa kita adanya iman or faith (regardless what religion you are in) followed by conscience and common sense and then followed by our understanding (yang betul), in shaa Allah diri kita akan mampu dibawa ke arah kebaikan.

Islam mentauhidkan Allah Pencipta Alam, dan Islam, yang mengajar mentauhidkan Allah, mengajarkan untuk mengikut peraturan yang Maha Esa, Maha Satu, Maha Pencipta adalah untuk semua. Jadi, serahkanlah jiwa kita kepada Raja kepada segala raja-raja. Yang paling berkuasa.
Siapakah kita yang merupakan entiti kecil, sedangkan universe lagi besar, pandangannya ke arah infiniti. Siapa yang tahu apa yang ada di hujung infiniti??? Tuhan yang maha Esa yang menciptakan segala-galanya. Siapa kah kita untuk menidakkan.
Tengok dan hayati universe, the cosmos, galaksi-galaksi, matahari-matahari atau bintang-bintang warna merah, biru, kuning yang menunjukkan tahap kepanasan, black hole, planet-planet yang banyak yang terjaga rapi, berpusing mengikut orbit...siapakah yang menjaga sistem ini?

Sebab itu, bila aku diminta untuk menyampaikan kebaikan, aku punya perasaan tidak layak itu membuak. Kenapa? kerana aku rasa bahwa aku perlu perbetulkan diri lagi.
Mereka kata, kedua-duanya perlu seiring kerana indvidu manusia memang tidak akan perfect, baik sendirian mahupun bersama-sama genggaman tangan yang lain.
Tapi, apa yang pasti, manusia itu memerlukan antara satu sama lain.
Jadi, usaha kearah berseiringan itu perlu.

I am sighing pondering about myself.
Tetapi, hakikat itu tetap hakikat.

waAllahua'lam.



No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.