Pages

3 Aug 2016

Pembersihan

Assalamualaikum dan hai



Tak keruan kau, musim orang selalu sakit tiba, dan kau jenis yang kalau demam lambat baik nak-nak bab batuk dan selsema yang datang skali ngan demam. Demam dah kebas, tapi kahak dan hingus masih bermain-main riang dalam ruang yang berkenaan. Dengan asbab kahak, kau rasa terseksa dan juga malu apabila tekak kau rasa gatal tak habis-habis masa dalam dewan exam, walaupun dah pergi tandas dah tadi. Geramnya! Kau mula membayangkan, sangat besh kalau kau dapat amik vacuum kecik dan kemudian masukkan hos dia dalam tekak dan sedut segala kahak yang ada kat dinding. Licin kahak!

Kau cirit birit atau sembelit. Kau dapat rasakan usus kau sebenarnya kotor, lalu kau berangan kau dapat keluarkan usus atau kurang psikotik, kau dapat pergi hospital dan buat sejenis rawatan yang boleh amik usus kau dan boleh digahar dengan berus sampai licin berkilat. Bersih dan sihat!.

Hati rohani dan nurani.
Andainya kalau kita boleh cabut hati kita buat sementara dan beruskannya dengan sabun CIF or whatever, sekilat-kilatnya. Kotoran degil hitam dapat dikikis satu demi satu. Segala noda, bau busuk dan kotoran boleh hilang dengan begitu sahaja. Ok, licin, bersih, letak dalam badan balik.

Sekarang, secara fizikal dan rohani, kau dah bersih!

Weh, setiap masalah dan permasalahan takkan ada boleh guna cara yang sama. Ini dalam konteks pembersihan. Sebagai makkluk yang lemah, sudah tentu kita terdedah kepada segala jenis kotoran baik fizikal mahupun mental dan juga hati nurani kita yang melibatkan iman.

Kita hanya mampu membayangkan proses pembersihan yang kita pernah nampak dan alami secara fizikal yang mana kelihatan dengan jelas. Tetapi apa yang berlaku dalam badan, mekanismnya berbeza. Allah, tuhan yang Maha Esa dah tetapkan proses pembersihan tersendiri untuk organ-organ dalaman kita, dan kadang-kadang, manusia yang lemah ini memerlukan 'pembersihan' (baca sebagai rawatan/ubatan) dari luar untuk menjadi lebih 'bersih' (baca sebagai sihat)

Begitu juga hati nurani.
Hati manusia ini penuh berbolak balik. Sekiranya tidak dipelihara dengan baik, maka mudahla masuk anasir-anasir yang tidak baik.

Bila fikirkan balik, soal hati/fikiran, kita takkan pernah dapat logik dan kadang-kadang tu, common sense yang sama antara satu sama lain. Kenapa? Jalan yang manusia lalu dari bayi sampai sekarang berbeza antara satu sama lain. Nafsu dan keinginan juga mengiyakan lagi pemikiran masing-masing. Disebabkan manusia ada fitrah yang sama, sense itu dipanggil common. Tapi hakikatnya, common sense untuk setiap orang tak semestinya common, kerana berbalik pula kepada jalan hidup masing-masing, kepercayaan masing-masing. Disebabkan itu peraturan yang terbaik ialah peraturan yang datangnya daripada kuasa mutlak, dari Tuhan yang Maha Esa, Allah S.W.T...bukan manusia.
Manusia hanya perlu berbalik menggunakan hati/fikiran akal dan sumber yang betul-betul berteraskan apa yang Allah tetapkan. Jadi sekali lagi dalam pengendalian ini, si hati yang bersih (diyakini kebersihannya melalui akhlak, tindakan)  bersama ilmu dimiliki sahaja yang kita boleh yakini sebagai orang ahlinya untuk melaksanakan penetapan hukum. Takut blind faith? Then jom jadikan diri anda berakhlak baik, buang biasness, dan tuntut ilmu yang berkenaan, dengan orang yang betul. Takut guru pun bias? Rujukla ramai guru yang diyakini.

Hati nurani.
Pembersihannya, bermula dengan kesedaran kita terhadap kesalahan-kesalahan lalu yang mana telah mengeraskan hati. Bagaimana hati nurani kita mula dikotori, kita boleh kesan, melalui bagaimana kita berhadapan dengan situasi yang mendatangkan rasa ketidaksenangan.

Antara cara pembersihan hati ialah
- menghadapi sesuatu dengan jijik dengan niat untuk menguruskannya untuk menjadi bersih dan kemas. (like bersih tandas)
- selalu menolong orang dan mendoakan kesejahteraan orang lain
- melebihkan memberi daripada menerima

Benda yang tak nampak ini kita takkan rasa selagi mana kita tak menghadapinya.
Semoga apa benda yang kita buat sekali pun, akan sentiasa berada di jalan yang benar.
Nampak macam ayat skema jawapan, tapi ya itulah kebenarannya.

WaAllahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.