Pages

18 Feb 2016

Nasihat dari si HATI

Alkisah SATU, DUA, TIGA, EMPAT, LIMA, ENAM, TUJUH yang mendatangi diri si HATI.
Ingin mengecilkan diri tetapi ingin membesarkan makna.
satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

1. Tidak apa sekiranya apa yang ingin dimiliki itu tidak termiliki. Alhamdulillah
Kenapa?
Allah ingin menyediakan yang lagi baik buat kita.

2. Hanya Allah yang Maha mengetahui nilai peribadi kita. Jadi buatlah apa sahaja selagi mana mengikut syariah dan common sense ketika berada di sesuatu situasi.

3. Tiada bende yang akan selalu memihak pada kita. Jadi, biarkannya memihak pada yang lain dengan rela hati. Rezeki lain orang, akan berbeza.

4. Walau merasakan diri ini terbaik, ingatlah ada yang menerima benda yang lebih baik, ada yang menerima benda yang kurang baik. Ingat, diri sendiri pun ada kekurangan.

5. Meyakini bahawa ketetapan Allah itu benar. Urusan aturan Allah itu sempurna. Yakin dengan janji Allah.

6. Sentiasa melebihkan pemberian daripada penerimaan. Buatkan orang lain gembira dengan bersedekah. Sekurang-kurangnya senyuman.

7. Sentiasa berwaspada bahawa kematian itu bila-bila masa.

Kehidupan bernombor.
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam dan tujuh.
Itu semuanya akan jadi satu keutamaan dalam laci-laci minda apabila ditimpa kesusahan dan kekecewaan. Apakah kurangnya mengaplikasikan keyakinan lima? Atau kurangnya kenyakinan diri itu sendiri terhadap lima? Lima itu penting supaya hati itu sentiasa terpelihara tenang dan bersih.

Bukankah tujuh itu satu kepastian. Melihat, mendengar tentang kematian lalu diri akan dikuasai dengan tujuh. Tujuh itu satu kebenaran yang pahit bagi yang tiada persediaan. #takut

Bila kecewa, tangisan gurisan yang mendahului, baru satu mendatangi.
Kadang-kadang, hati ini merelakan kekecewaan, lalu membawa keraguan untuk membawa yang hak, lalu dua diberi ruang untuk diusahakan.
Kecewa dan ragu juga membuatkan fikiran celaru lalu perkara lepas kembali mendatangani. Hati dalaman meronta-ronta. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan diri untuk berfikir dan mencuba untuk menghayati tiga, empat dan lima supaya hati ini kembali tenang dan egonya melepas pergi.
Membaiki diri yang membawa hati yang dicalari dan dikotori ini, enam mendatangani. Kebahagiaan orang lain, biarlah menjadi kebahagiaan buat kita juga. Alhamdulillah.

Kehidupan bernombor.
Nampak seperti wujudnya permulaan yang tiadanya pengkahiran.
Adakah nombor itu berakhir? Didasari dengan 10 jari manusia, bermula daripada yang pertama sampai kesepuluh. Hakikatnya yang pertama itu satu, yang kesepuluh itu sembilan. Nombor-nombor itu sahaja yang wujud.
Tetapi, dalam realiti, kenapa nombor itu tidak akan berakhir setelah terlepasnya kiraan senarai nombor yang terakhir?

Dan nombor 7 sentiasa menjadi nombor yang mewakili kesederhanaan dan pertengahan. Kenapa?

Senyum.

nah akak belanja aish krim. Pistachio mm dap

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.