Pages

17 Mar 2016

Baik tidak akan selalu Baik

Source
Boleh jadi, innocent yang terpancar pada seseorang hanyalah kerana Allah yang menutup aibnya. Bergantung pada diri sendirilah bagaimana ingin berprasangka terhadap orang lain.
Banyak benda yang kita langgar, terjumpa, sengaja cari dalam hidup ini sebenarnya ada sesuatu yang Allah nak bagi tahu kita. 
Bergantung pada diri sendirilah bagaiman ingin menilainya.

Diri sendiri. Kita tak boleh merasakan diri kita sudah baik. Apatah lagi merasakan diri lebih baik daripada orang lain.

Amalan

Mungkin kita rasakan kita dah banyak buat benda baik dekat orang. Hubungan sesama manusia. Bercakap sopan, tahan diri daripada mencarut, banyak tolong orang dan lain-lain.

Mungkin ada yang rasakan sudah banyak ibadat yang dilakukan. Hubungan dengan Allah. Banyak dah berzikir, selalu wirid panjang lepas solat, selalu berpuasa, konsisten amalannya dan lain-lain.

Tapi ingatlah kita manusia, secara normal iman kita akan naik dan turun.
Ada benda yang sekali sekala kita terlepas pandang...atau secara separa sedar kita buat dosa.

Benda salah yang kita buat yang melibatkan hubungan kita dengan Allah, boleh jadi Allah maafkan in shaa Allah sebab benda-benda tu kita TERbuat tanpa sengaja atau tanpa pengetahuan kita. Sedar-sedar eh salah buat rupanya. Once dah sedar, harus taubat. Yang ni, kita hanya boleh tawakkal dan yakin bahawa Allah maha pengampun.
Ada benda juga, yang melibatkan hubungan dengan Allah, kita ada terlanjur...kita tahu apa yang kita lakukan itu, satu dosa atau satu perkara yang melarakan tapi oleh kerana kemahuan, kita commit juga. Sedar...bertaubat.

Tetapi hubungan sesama manusia ini satu seni. Tersurat dan tersirat. Bukan semua manusia meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing bahkan mungkin kita sendiri yang suka memendam.
Kenapa kita nak merasakan diri kita lagi baik dari manusia yang lain sedangkan secara sedar atau tidak sedar, kita telah menyakitkan hati orang lain. Pihak ketiga terlibat dan kemudian pihak keempat pula yang menerima kesan...dan seterusnya...dan seterusnya. Domino effect.
Persoalannya...dah minta maaf ke belum????
Berapa tahun kita sudah hidup ni, bagaimana hubungan kita dengan sesama maanusia?
Ibu bapa...sedara mara, adik beradik, kawan-kawan, bos, rakan kerja...ada tak kita menilai atau bermuhasabah -  ada masa-masa tertentu yang kita menyakiti diorang?

Masalah sesetengah orang yang merasakan diri dia ni baik, mudah untuk dia judgemental (without listening first) terhadap orang yang dia rasakan kurang baik..Bersangka buruk.
Salah laku orang yang kita nampak semamangnya harus kita cegah, sekurang-kurangnya melalui hati.
Bersangka buruk pula bukanlah seharusnya diaplikasikan untuk semua situasi.
Kita seharusnya ada jati diri yang kuat. Seterusnya, mendekati seseorang itu dengan pandangan dan hati yang mesra dan kasih sayang. By then, kita boleh tarik diorang ke arah perkara yang sepatutnya without kita yang jatuh terbongkang. By listening to them, kita boleh belajar sesuatu.

Tiada manusia yang lebih baik daripada yang lain
Tiada manusia sempurna
Iman tidak selalu steady atau naik
Diri kita dicipta untuk mencari kebenaran dan menyampaikannya
Jati diri itu penting
Erti-ketidakkekalan...Baik tidak akan selalu Baik

WaAllahua'lam


No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.