Pages

19 Jul 2016

Childhood ruined

Assalamualaikum hi

Cara kita berfikir masa budak-budak dulu semestinya berbeza dengan kita yang dah besar kan.
Seorang kanak-kanak juga perlu menikmati zaman kanak-kanak sebetulnya.
Jatuh, bangun, literally like atas jalan ke apa kan.
Main-main sungguh-sungguh sampai baju kotor, menikmati dunia luar sebetul-betulnya.
Haha, tapi dak-dak zaman skarang, bangun dari celikan mata yang pertama dah nampak gadget dah.
Umur 5 tahun, dah pakai grand-grand baju ala-ala retis dan gaya macam retis.
Awal-awal lagi dah kenal cintan cintun kapel ni.
Umur 5 tahun tapi fikiran dah macam budak 10 tahun dah. Ada, ada kebaikannya jadi macam ni, part berfikiran matang ini, tetapi personally, fikiran matang ni lagi bernilai kalau dapat dari teroka dunia luar sebetulnya, like having what you are in current state, which means mencari pengalaman dari kecil lagi dengan umur seseorang itu..

Itulah pendahuluannya.

Kau tengok balik cerita Doraemon masa kau masuk universiti, terutamanya masa makan, kau nakla makan sambil tonton cerita yang ringan-ringan macam cerita yang kau dah pernah tengok.
Bila dah lama tinggal dan tengok balik, kau baru boleh menilai yang cerita tu sebenarnya berkonsepkan materialistik dan pandangan luaran fizikal. Makan kau tak kenyang sebab sebenarnya benda baru kau dapat ialah persepktif kau masa kanak-kanak rupanya jauh berbeza ngan masa sekarang.


Sebagai kanak-kanak smestinya kenaifan itu takkan bawak kita berfikiran jauh-jauh. Tapi, subsconciously, dia akan effect pemikiran kita.
Nobita selalu inginkan benda yang tiada pada diri dia, tapi ada pada diri orang lain. Si pemalas tu selalu nak bukan-bukan bak kata Doraemon, like permainan, kecantikan. Apa yang aku nak katakan bukanlah Doraemon ini agen Yahudi ke apa. Nak katanya dia paparkan nilai materialistik itu ialah sesuatu yang diinginkan yang perlu dicapai walau apa jua keadaan. Apa yang dinilai dalam cerita itu, kebanyakan kepada perkara luaran seperti materialistik.
Ada juga beberapa nilai yang tidak elok untuk kanak-kanak bila nak dikaitkan dengan watak Sizuka. Nobita ni nak tunjuk jugak pemikiran kotor dia kat budak-budak die hard fan dia yang tengok tv tuh/

Satu lagi cerita yang tak boleh blah ketidaksenonohan tapi tayangannya budak-budak ramai tengok, cerita Shin Chan. Ruined betul

Banyak lagi kan cerita-cerita childhood kita yang bagi impak besar kat kita sebenarnya.
Aku pun tak faham kenapa diorang company yang produce tatapan kanak-kanak ni tak ikut spesifikasi psikologi  kanak-kanak.
Patutla budak-budak zaman skarang lebihkan nilai material, dan luaran daripada nilai dalaman dan cara pemikiran yang lebih bermoral. Jati diri pun mula hilang.

WaAllahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.