Pages

6 May 2016

Zaman berubah, diri kene berubah

Assalamualaikum pembuka bicara dan aku tak nak skema sangat dan aku nak kene say hi jugak.
Haiii!!

Dalam era globalisasi ini, di mana banyak benda berubah dari itu ke ini, kita juga seharusnya bersama-sama dalam arus ini...mm aku rasa bahasa Malaysia SPM aku dah A dah, tak plus kut.
Dalam kes mengikut arus globalisasi ini, tak apply untuk akidah dan hukum dalam Islam itu sendiri.
Islam, bagi aku, tiada istilah Islam kontemporari. So, Islam pada zaman nabi itu Islam tak kontemporari ke (bagi yang suka duk melabel ni lah)? mmm nanti ada yang cakap ni budak 'blind faith'. Na, secara kamusnya mungkin aku tak tahu betul-betul apa itu kontemporari secara istilah tapi secara bahasanya contemporary means up-to-date, modern. Nampak tak kat situ, wahai budak-budak hipster? (ok lah, budak-budak lain jugakla...aku pulak yang melabel)

Lagi satu, orang fikir kontemporari ini dari segi fizikal sahaja.
Baju cantik, sexy bhai, hensem bhai, bergaya, tapi hakikatnya, otak kosong, kurang function. Sebagai contoh, buang sampah ikut tingkap kereta, kena pulak dekat kawasan istana. (kan istana kan harus dihormati)

Sebenarnya, yang duk sebut Islam kontemporari tu, hmm apa contohnya. Apa yang menyebabkan adanya label sebagai modern Islam? Apa yang mendefinisikannya. Kalau tengok contoh di atas tu, hmmm tak de makna dah, kalau label ikut pakaian. Entah aku nampak orang lain duk tengok materialistik yang menjahanamkan je kalau bab-bab modern ni. hmmm...pelik ahh.

Peraturan? Hudud itu sangat ketinggalan ke?
Macamlah undang-undang civil yang ada sekarang ni boleh mencegah. Atau, orang yang berkuasa ni memang takde keyakinan bahawa mencegah itu lebih baik daripada merawat. ahaha merawat pun takdelah menjadi sangat kan. Kita siapa, kita manusia, dah banyak dah bukti, kita tak pandai urus sepenuhnya dengan kuasa kita 100% buat undang-undang. Kita ada nafsu, kemahuan yang melebihi keperluan, kita ada keluarga, nak diorang pergi oversea tengok keindahan ciptaan Allah dan mencontohi tamadun lain (tapi tak contohi gak) kita nak duit, nak pakai Lambo, Bentley, Estee Lauder, Tommy Hilfiger dengan bertopengkan kata-kata "kita harus sokong produk tempatan!!!". Kan, jangan nak tipulah, keputusan, yang mana kita berkuasa ni, mudah je terpengaruh ngan nafsu. Kita manusia weh, malaikat jauh sekali...syaitan nauzubillah.
Na, orang atasan ni, kalau tang rakyat yang kene, tak kisah mana pun katanya mungkin, dimana-mana pun terjadi je kes cenggitu apalah sangat kan...tang dia yang susah nak kene jadi camtu tu boleh lah fikir camtu, tapi kalau betul-betul kene, mesti ada snipper dan si shooter yang handal mulus sekali untuk balas balik eeeeeh...exaggerate je ni, tetiba politikkan keadaan..typical local ke nih? acano tuh.
Sedih dengan governance aaih.

Na, era globalisasi.
Ye la, teknologi berubah dah. Generasi alami mende baru. Sebagai contoh anak kita ehhh, adik-adik or anak sedara kita, lahir-lahir je, dah boleh pandai selfie dah. Dah boleh main B612 dah, Kita dulu apa je ada? Haha pandai baling abang dan kakak ngan selipar biar diorang gagal susun selipar...ala mainan kanak2 dulu tu.
Kita ni pun dah tahu kemajuan TEKNOLOGI berkembang, kita pun dari sudut tu, kene ikut sekali beb. Dan benda2 ni seiring lah dengan ekonomi dan budaya. Thats why ada budaya baru tu. Benda takkan jadi entah apa-apa kalau orang pandai guna.
Cuma, menghadapi bende baru ni, kita juga kena jadi orang baru, kene ambil risiko...emosi dan fizikal. Dah kene buang dah perasaan yang entah apa-apa tu, bercinta sepanjang masa, mudah terasa sepanjang masa. Komitmen itu lagi penting. Takleh dah jadi lembik-lembik nih. Kene kuat!!! Kalau tak terundur lah kita ke belakang. Walau macam mana pun dah gagal kita, kene usaha lagi...masa bergerak, keadaan pun bergerak...kita kenelah MOVE ON!!!

ehem..bercakap era globalisasi ni, blog is kinda lame kan...orang dah pakai insta, fb dah or at least domain yang lain...na, na, na, Insta tak syok post manjang cenggini...tolonglah pehe

Apa-apa pun. Pengharapan tentang kebenaran itu satu keprluan.
Sesiapa pun kamu tak kira bangsa dan agama, carilah kebenaran...kebenaran itu sedikit je, dan pahit..atau satu mungkin. Kita memanglah ada pemikiran sendiri berdasarkan cara kita dibesarkan, tetapi percayalah kebenaran itu menunggu untuk kita jumpa diorang. Kene cari bhai
Untuk yang sedia Islam, Alhamdulillah adanya faith Islam pada diri kita dari lahir, atau baru join. Kita juga kene cari kebenaran...sebab apa? Sebab kita nak bagi justification kepada yang belum tahu. USAHA, DOA, dan TAWAKKAL itu satu pakej yang penting sekali

Nah untuk awak =3

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.