Pages

6 May 2016

Share benda yang baik-baik jer...bukanlah satu hipokrisi


Ada masanya, bila kita post benda baik, kita mula terdetik, 

"awehh, baik sangat ke aku nak post benda cenggini hmmm".



Walhalkan, sebenarnya kita yang sentap dengan diri kita. Yela, kita tak terbuat kebaikan yang ada dalam post tu, sama ada kita tak sedar, atau kita lupa, atau kita terlanjur. Bila tengok post itu, kita mula sentap.

Dan sebenarnya, kita sedang preach dan berdakwah dan pujuk pada diri sendiri bahawa kita perlu berubah, bahawa kita perlu bertenang, kerana ada jalan keluarnya.

Dan juga, sebenarnya kita ada bibit bibit niat yang ingin berkongsi pada yang lain jugak. 
Na, manusia kan sukakan kebaikan, ingat tu. Selagi hati belum keras, kita masih diberi pelunag untuk sentiasa berlembut terhadap kebaikan. Even kalau yang berhati keras, Allah mampu tetapkan apa sahaja untuk dia, mungkin terus jadi seorang abid atau ahli ibadah yang tegar. WaAllahua'lam

Jadi jangan ragu, 
Terus tekan butang share atau post bila kita rasa nak buat cenggitu.

Dan untuk perkara yang lara, perkara yang kita tahu akan bawa lara atau mungkin maksiat dan dosa pada orang lain..tak elok untuk kita share. Nauzubillah daripada dapat saham. Jangan kita biarkan diri kita bertambah keburukan atau dosa pada diri orang lain dan juga diri kita. Biar kita sahaja yang tahu. Walaupun si fulan ini, dia punya post wow pasal friendship kentang lah, boleh kasi sentap kat orang lain bila baca, boleh bagi member lama sedar apa salah dia, tapi si fulan punya dp atau profile picture...mak aihhh, bahaya untuk si manusia tengok apatah lagi lelaki (if you know what I meant, not being sexist here, though). Secara personalnya, hmmm bagi aku, tak yah lah share. Kalau nak sangat, quote je under akaun kau tuh. Kan.

Yea,...sebenarnya aku tak nak lah speaking in english so much kan. Kita kene agungkan bahasa kita. Bukan apa, ini berkenaan dengan jati diri. 
Tapi it cant be helped weh, Takpe lah awal-awal kan yeah

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.