Pages

23 Feb 2016

Orang yang Selalu Blogging ni orang yang malas ke?

Salam.K

Aku menaip berdasarkan bias terhadap diri aku. Self-centered skit. Sikit je bohh.
Orang yang Selalu Blogging ni orang yang malas ke?
Tak, saya sangkal kenyataan itu! Bukan ke menaip itu sendiri memerlukan kerajinan dan determination.

K.
Dalam konteks realiti macam mana beb?
Rumah, kain, assignments..haaaa buat tak beb? Kemas tak? Lipat tak? Buat tak?

K. Bukan dalam konteks berblogging je la. Semua media masa. Twitter, fb, watpad, etc. Apa yang aku tulis ini bukan satu kritikan semata-mata. Tapi, sebagai refleksi pada diri kita semua. Chillex belake. Untuk aku yang pemalas ni juga.

K. Aku pernah jumpa secara realiti seorang blogger yang agak famous ni, malah satu rumah dengan dia masa belajar. Dia sangat rajin, bilik kemas, selalu buat ulang kaji. Homework mesti didahulukan sebelum ulang kaji. Berblogging pun selalu. Meja makan dia bersih dan kemas walaupun aku selalu tibai makanan dia dan perkakas dia...dengan izin dialah of course. Daripada hidup berumah tangga dengan rakan-rakan perempuan ini, banyak yang aku belajar, dari attitude, pakaian dekat rumah, sampailah barang-barang yang diorang pakai dan skill diorang dalam berumah tangga ni. Tinggal satu je. Pengaplikasiang! ...dan aku perempuan.

Memang kalau ada orang merisik dia sekarang, aku boleh kata, dia layak untuk menerima risikan itu. Sebab aku yakin, dia boleh bawa komitmen dalam berumah tangga, in shaaa Allah.
Aku sebenarnya adore dia. Dia boleh rajin dengan komitmen-komitmen yang dia dipertanggungjawabkan.

Haa itu dia. Jangan nak judge. Kalau judge pada diri aku ini mungkin. Tapi, bukan semua yang selalu appearkan diri dalam media sosial dan mana-mana media pun itu malas dan abai tanggungjawab dalam dunia realiti. Malah ada yang lebih daripada perkataan rajin itu sendiri.

Apa-apa pun geng, Good luck dalam mencapai redha Ilahi.
Okay. Assalamualaikum.
WaAllahua'lam



No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!