Pages

11 Feb 2016

CerPendek: Niat





        "Aku perlukan deans' list!" monolog Nawa sendirian tatkala memerhatikan solan Fizik yang begitu susah itu.

Peluh sudah mula membasahi tengkuk dan bahu. Minyak  mula memancarkan pantulan cahaya pada wajahnya. Rambutnya mula tercabang-cabang. Badan bahagian atasnya mula dirasakan terkepam dan rimas, manakala kakinya mula bergerak-geraka mengubah kedudukan. Cacing kepanasan sudah jadinya. Bukan apa, sudah beberapa soalan yang ditinggalkannya di belakang. Berbekalkan ego yang tinggi, dia bukanlah dengan mudah untuk menanyakan rakan-rakan satu asramanya tentang apa yang tidak diketahuinya. Membelek...lagi dan lagi buku setebal 500 muka surat itu, atau menekan, lagi dan lagi keyboard, melayari internet untuk mencari jawapan. Sudah 30 minit berlalu. Jawapan masih tidak ditemui, dan 5 soalan masih lagi belum selesai. Masakan dia boleh target boleh menjawab semuanya untuk peperiksaan akhir nanti?

Fikirnya, berjaya mendapat minimum pointer 3.80 merupakan satu nikmat  buat dirinya. Seperti selama ini, apabila dia mendapat keputusan cemerlang, bibirnya kelihatan senyum meleret di bibirnya, walaupun dia cuba untuk menidakkan otot-otot wajahnya bersedemikian, untuk berlagak seperti biasa. Kadang-kala jiwanya terdetik, memperlekehkan rakan-rakannya yang sedikit kebelakang daripadanya, walaupun bukanlah secara zahir.

Apabila tidak mendapat seperti yang diharapkan, wajahnya berubah muram. Kebencian, kekecewaan, suara-suara jahat mula ingin menembus dirinya. Bukan itu sahaja, kesakitan badan juga turut dirasai. Apakah ini yang dikatakan kerana jiwa badan binasa?. Persoalan kenapa berdentum dentum di benak fikirannya. Kekecewaan bukan kepalang!!!Tetapi, di sebalik kegagalan, ada refleksi yang harus seseorang itu fokus. Kenapa? Kali ini, soalan kenapa bukanlah berpaksikan pada keinginan duniawi, tetapi tentang hakikat seorang hamba Allah yang hidup di muka bumi.

Apa yang difikirkan Nawa pada awal? Kenapa dia perlu berusaha mendapatkan yang terbaik daripada yang terbaik? Kenapa dia perlu menghadapi kekecewaan yang parah? Kenapa?


"Apa sebenarnya niat aku berada di sini?" tanya Nawa.

...dan apakah yang dimaksudkan kerana jiwa badan binasa?

Apa niat awak mencari post ini?

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!