Pages

16 Jan 2016

Kejar JODOH? Kenapa ejaan JODOH ada ODOH?

Assalamualaikum dan hi...

Kawan aku sorang ni, dia ada mention
"Aku yakin pada Jodoh."

Ada dalam kalangan kita memegang quote "Jodoh itu kene usaha".
Dan kawan aku itu ada prinsip yang usaha yang dimaksudkan itu bukanlah dengan mengejar seseorang yang disukai, confess, dan couple. Baginya usaha itu, dalam erti berdoa dan berusaha melakukan tanggungjawab seharian tak kisah dengan siapa pun yang kita confront. Dalam proses tu, akan ada orang-orang yang akan kita kenal sebagai kenalan kerja, kawan, atau sahabat baik. Well, at the end, those people mesti one of them akan menjadi si penyeri when the time come.

Malangnya, ramai yang menganggap usaha itu dengan cubaan untuk memiliki sebagai wanita itu sebagai teman wanita. Begitu juga dengan sebaliknya;; wanita mula mencari teman lelaki. Apatah lagi kalau yang jenis try hard dan desperate. Itu sebenarnya kau dalam proses 'merosakkan' jiwa raga kau.

Aku boleh nampak benda ini semua dalam kalangan kenalan dan kawan-kawan aku sendiri.
Ada antara mereka yang berusaha untuk mencari pasangan. Kenapa?
Apa yang aku nampak, semua ni disebabkan pengaruh kawan dan pengaruh media sosial.
Aku faham dengan persaan suka akan seseorang..
Tapi betul ke, dah sampai masa untuk kau mencari dan decide siapa pasangan hidup kau sekarang?
Yakin ke kau sudah mampu menjaga hati seseorang yang berharap pada kau?
Yakin ke orang yang engkau pilih itu orang yang terbaik yang akhir nanti tiada yang terluka parah dan melibatkan pihak lain?
Kalau kelas pun ada yang ponteng sebab bangun lewat dan subuh gajah lagi, teamwork dalam group pun pakai konsep "aku tak pandai, kau terer, kau la buat", pinggan mangkuk dalam sinki berbondong-bondong tak dibasuh, tanggungjawab nak 'sponsor' lifetime seseorang lagi lah ke laut. Ini dalam konteks tidak kira laki atau perempuan.
Aku tak suka tengok seseorang dikecewakan disebabkan bercinta macam ni,
Wake up! You are better than this.
Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.
Dari awal lagi, jangan bercouple...this thing is so cliche.

Kita sebagai mahasisiwa yang masih banyak lagi tanggungjawab yang sedang dipikul, tunaikanlah tanggungjawab tu dulu.
Tanggungjawab dari sudut agama, kau sebagai seorang Islam, tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang sahabat dan diri sendiri. Perindahkan dahulu iman, jiwa raga, mental dan fizikal diri. Kalau yakin, betul-betul yakin pada Jodoh dan ketentuan Allah, in shaa Allah, dalam proses tu juga, nanti akan dihadirkan seseorang buat kau.

Adalah kebiasaan normal dan fitrah perasaan suka itu.
Dan ada caranya untuk mengawal dan menekspres kesukaan itu.

Lagi satu, orang suka sembang soal Jodoh, in a way that, it seems to be only Jodoh will make you happy forever ever. THE EnD.
Tolonglah. Stop fikir dan berbincang lebat soal Jodoh.
Sila perlebatkan usaha untuk mencari cara supaya dapat membawa diri sendiri dalam dunia yang penuh pancaroba sekarang ni. Sila cari pengetahuan betul-betul smentara masa masih ada.

You are better than this, aite?

Caring - Risk Taker - Balance - Knowledge - Speaker - Open Mind

Kenapa ejaan JODOH ada ODOH? ---;Sorry, tajuk tu yang part ni tiada kaitan. Cuma, the rythm is legit.
Kalau dah Jodoh, tak kan ke mana
Kalau dah Bodoh, tak kan ke mana
Kalau dah Hodoh, tak kan ke mana.
Rythm seems legit
but only number 1 premise can be implied hohoho

Jangan nak buat spekulasi sendiri ye anak-anak tentang mak cik ni, Aku ni hantu rythm ke apa entah aku pun agak jahil. Ok bye.

Assalamualakum,
Mak cik nak gi beli ikkang

1 comment:

  1. Said so, LOL, ahahahaha those certain parts

    ReplyDelete

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.