Pages

20 Feb 2016

Bahasa Mudah [Easy Languages]

Assalamualaikum! Hallo! Bonjour!

Seperti bahasa Melayu, Bahasa Inggeris juga satu bahasa yang bukan asli,dicampur, diasimilasi oleh beberapa bahasa yang lain.
Sebagai seorang yang berbangsa Melayu yang dilahirkan, dibesarkan di Malaysia dalam kalangan masyarakat majmuk yang berbahasa Melayu sudah tentu mempunyai kefasihan yang lengkap dalam berbahasa Melayu. Memandangkan, kita semua diwar-warkan bahawa bahasa Inggeris itu merupakan bahasa antarabangsa dan perlu difahami oleh semua orang di dunia, maka kita wajib belajar bahasa Inggeris. Jadi, secara naifnya struktur ayat saya, kita mempunyai dua bahasa asas, iaitu Bahasa Ibunda dan Bahasa Inggeris.

Jom kita ke luar bulatan. Apa kata kita belajar dan dedahkan diri dengan bahasa lain.
Bahasa Arab, bahasa Tamil, Bahasa Cina. Tidak perlu untuk faham tulisan. Sekurang-kurangnya boleh faham apa yang dikatakan kalau tak boleh bercakap pun. Itu dah ok.



Easy Language
satu organisasi yang beri servis...mmm servis??? Bolehla. Servis percuma untuk belajar bahasa asing melalui video. Kebanyakannya daripada perbualan orang-orang di jalanan dan laluan. Bukan hobo yang ana maksudkan. Hoho. bobobobo. Orang awam la.
Kebanyakan servis bahasa yang di muat naik dalam YouTube ialah bahasa Jerman.Tetapi, Lain-lain bahasa masih ada, bahasa Jepun, Perancis, Thailand, Arab dan lain-lain. Bahasa Melayu pun ada weh. Untuk bahasa jalanan (Street languages) ini, agak sukar bagi orang yang langsung takde asas sesuatu bahasa asing  itu. Satu, mereka bercakap laju. Kedua, bahasa yang mereka cakap itu, ialah bahasa pasar. Jadi, yang tak ada asas langsung tu, mudah untuk mereka tertukar maksud sesuatu perkataan dengan perkataan yang lain. Tidak salah kalau nak terjah macam tu pun.

Kenapa EasyLanguages?
Ada banyak lagi vlogger atau website atau organisasi yang menyediakan platform untuk belajar bahasa asing.
Bagi saya, EasyLanguage ini paling fun dan paling banyak variasi.

Macam mana nak have fun sambil belajar?
Dedahkan diri dengan filem-fiem dan lagu-lagu yang melibatkan bahasa asing yang ingin dipelajari. Pada pengalaman saya, struktur ayat asas dan perkara asas tentang sesuatu bahasa itu saya peroleh daripada lagu-lagu bahasa asing kegemaran.
Tengok panorama-panorama tempat-tempat luar negara pun boleh membawa minat untuk belajar bahasa asing masing-masing. Tapi, yang satu ini bukanlah pengalaman saya. So, saya tak boleh nak sure 95%.
Selain itu, bergaul dengan orang yang boleh berbahasa lain sebagai bahasa asas mereka.

Kelebihan
Kita akan lebih tahu tentang perkara luar dalam terma budaya, bahasa, cara kehidupan dan suasana mereka berada di negara mereka. Apa yang baik kita boleh serap, apa yang buruk, kita boleh ketepikan, letak tepi tong sampah. Jangan masukkannya ke dalam tong sampah.
Lidah kita akan jadi lebih fleksibel.
Otak akan lebih terdedah kepada multi-task dalam terma pertukaran bahasa bila kita ingin mengubah bahasa ke sesuatu bahasa yang lain.

Komen Saya tentang Easy Language: Malay

Satu sahaja[setakat ini]
: Penemu ramah perlu syaratkan orang yang ingin ditemu ramah itu berbahasa Melayu 100%. Tidak semua masyarakat Malaysia akan bercakap rojak dalam kehidupan seharian.

http://www.easy-languages.org/
https://www.youtube.com/user/magauchsein

Cute Cari =D


Good luck geng. Semoga berjaya =D

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.