Pages

25 Nov 2015

Damai Yang Hilang

Aku bagaikan dibelenggu...
Segala nya dimampatkan ke dalam lilitan tali,
Diikat kemas sehingga berbekas,
Aku bagaikan dikurung...
Segalanya disekat ditutup rapi,
Dikepam cemas sehingga sukar bernafas.

Aku membesarkan mata aku.
Aku meleretkan lengkokan bibir ke atas.
Senyum, walaupun penat.
Cuba untuk senyum dengan ikhlas.
Membiarkan positif dapat mengalir ke seluruh badan.
Membiarkan yang lain turut meleratkan senyuman.

Ada waktu, damai itu hilang.
Aku merengek seperti budak kecil.
"Sembuhkan aku"
Aku tidur setelah kekeringan air mata.

Ada waktu, damai itu kembali.
Aku menyanyi riang seperti budak kecil.
"Tenang ini takkan berkekalan"
Aku bermain sehingga lupa minum air.

Bila mana semua ini akan berhenti?
Inginkan kedamaian
Tapi sungguh,bukan selalu kedamaian itu akan turut serta.

Di sini aku berperang dengan diri sendiri
Di sana mereka berperang dengan musuh -musuh nyata yang bersenjata. Kehilangan yang tesayang.

Semoga kita semua berjaya menjadi khalifah diri sendiri
Dan... berjuang untuk menegakkan yang hak di bumi sendiri, di dunia bima sakti sendiri.

Khalifah...




No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!