Pages

29 Nov 2015

Perempuan sejati



Alhamdulillah.


Berjaya hadirkan diri ke satu program  penuh bermanfaat.
Antara ilmu terawal yang berjaya menumpukan aku ialah pasal imaginary audience.
Imaginary audience ni adalah satu proses yang mana seseorang adolescent atau remaja akan lalui dan dikatakan sebagai normal. Dikatakan bahawa perempuan lebih mengalami proses ini berbanding dengan lelaki - merasakan diri sendiri sentiasa diperhatikan, lalu dirasakan bahawa satu keperluan untuk memenuhi apa yang orang sekeliling expect terhadapnya...yang mana itu hanyalah imaginasi perempuan berkenaan sahaja. Sudah tentu hal ni berkaitan dengan penerimaan diri atau dipanggil sebagai self-esteem, yang mana akan memberi kesan kepada self-confident seseorang itu.

Sekiranya wanita dewasa ada yang masih mempunyai imaginary audience, bermakna, perempuan itu belum lagi matang, masih lagi mempunyai pemikiran seperti remaja. Jadi, berubahlah. Latihkan diri supaya tidak menghiraukan apa yang orang sekeliling fikir tentang diri kita. Dengan hanya berfikir tentang apa yang orang lain fikir tentang diri kita, hal ini akan menimbulkan rasa rendah diri ataupun riak dalam diri. Dua-duanya perkara hitam bukan...lol.

Wanita juga perlu menyumbangkan tenaga dalam masyarakat. Oleh itu, seseorang wanita itu perlu pandai menyeimbangkan pekerjaan peribadi, di pejabat atau sekolah, kemudian di rumah, di bilik asrama, di dapur, sebagai seorang anak, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang ibu/isteri dan sebagai ikon kepada masyarakat. Benda yang macam ni perlunya skil organisasi minda yang perlu ada pada seseorang wanita.

Walaupun wanita dikatakan sebagai satu makhluk yang beremosi, tetapi dengan feature inilah yang menjadi salah satu pelengkap kehidupan manusia. Dengan sifat emosilah, seorang ibu boleh menggerakkan diri menguruskan urusan rumah tangganya. Urus dengan baik atau tidak baik, itu bergantung pada pengurusan emosi masing-masing. Tetapi, walaupun nampak simple, kaum lelaki tidak sanggup menggendong beban seperti wanita.

Untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam sesuatu perkara, seseorang itu hendaklah mempunyai booster dalaman ataupun daya tolakan dalaman yang kuat untuk mengusahakan sesuatu yang ingin digapai hasil cemerlangnya.

Cabaran seseorang wanita terutamanya para pemudi di era-moden ialah mudah terpengaruh dengan gelombang hiburan yang mana memberi kesan kepada keinginan seseorang wanita antaranya ialah perasaan ingin bercinta, ingin mengikut standard beauty yang commonly dipersetujui di media. Maka bermulalah rasa rendah diri dengan apa yang dimiliki yang mana ada dirasakan kekurangannya. Couple semakin menjadi-jadi, posting gambar dating di internet dianggap satu perkara yang biasa. Wanita pada usia remaja sejak dewasa ini, seringkali mempunyai keinginan untuk berkahwin awal dan suka untuk jatuh pada jejaka yang muncul di skrin media yang mana dilabelkan sebagai hensem (mengikut standard most of the poeple). Walaupun dikatakan sebagai perempuan, mereka tidak boleh melihat perkara haram..well you know those filthy scenes even kissing in the movies or dramas...terutamanya bila ada keinginan dan pemikiran yang ingin berkahwin awal dan tak mampu to do so kerana tidak sesuai dengan keadaan dan situasi. Dikhuatiri akan kecundang ke lembah kemaksiatan dan zina hati. Nauzubillah.

Sememangnya, adalah satu fitrah untuk manusia menyukai sesuatu yang cantik.
Cantik itu memang subjektif.
Tetapi, lebih ramai yang berpegang kepada beauty standard yang diperakui oleh ramai golongan manusia di atas muka bumi dan bim sakti seluruhnya.
Yang dirasakan diri tidak melengkapi beauty standard itu, mulalah rasa rendah diri...low self-esteem.
But no! Jangan down grade value diri, disebabkan beauty standard yang mana belum tentu orang lain terima. Ada benda pada diri, boleh diubah. Dan ada yang ada constraint untuk diubah dan tak boleh ubah. Maka ubahlah sesungguhnya apa yang boleh diubah (dari sudut syar'i). Embrace yourself. Upgrade value diri dengan kuasa minda, biiznillah. Yeah.

Jadi gegirls, termasuk gue, kita harus mempunyai pemikiran yang ke depan dan mengaplikasikan Islam yang syumul dalam kehidupan. Orang tidak akan kata kita kolot sekiranya pemikiran, dan cara bawaan kita dalam masyarakat itu, kita bawa dengan cara intelektual, dan kene pada masanya. (aku katakan begini sebab, most manusia sekeliling appear to judge melalui penampilan wanita-wanita yang bertudung labuh, tidak ikut couple dan etc etc itu sebagai kolot) Malah, orang akan lebih respect. Respect kita sebagai wanita Islam yang berkaliber, in shaa Allah.

Jadi gegirls,...and guys pun maybe...

  • Iman - perlu dipelihara. Terasa jatuh, terus kembali pada Allah, istighfar.
  • Ilmu - tanamkan ilmu yang pelbagai like, memasak, kecantikan, kesihatan, bahasa, matematik,(etc yang berguna dan bermanfaat) dalam dada. Kerana anda, wanita penyeri kepada rumah anda, tidak kira semasa berkahwin atau sebelum berkahwin.
  • Tarbiyah
  • Ikhlas - Tanamkan minat melakukan perkara di atas ni. Buat kerana kerelaan hati. Jangan adakan imaginary audiences dalam diri bagi perihal ini. Bukan kerana orang lain...tapi kerana perhatian Allah. I meant, redha Allah

Alhamdulillah...Alhamdulillah
Those are the inputs that I ve gotten from the festival. There were many more, though. 
Wait...what festival??


Yeahhh..that's it. Thanks to the organizer. 
Festival Beliawanis Nasional 2015.
I can say that this is such grand event which can give us many beneficial inputs for only 1 day.
But, everything that had been absorbed, must be released...which means, must be applied in our daily life.

Weh, sorry rojak bebenor.
Ok. Semoga berjaya dan senyum selalu. Sihat-sihatkan diri ye!!!


p/s: All pics had been taken from google. 

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.