Pages

18 Mar 2017

Bayang Sendirik

Salam

Antara perkara yang aku takuti dan was wasi ialah hipokrisi dalam diri aku.
Bila aku nampak perkara yang salah pada orang lain, sudah tentu hati akan terdetik memenangkan pandangan aku yang didasarkan dengan kepercayaan dan iman aku.
Aku memenangkannya bermaksud aku berhujah berdasarkan apa yang aku telah diajari dan apa yang aku percaya. Walaupun hujah yang tidak dapat diekspresikan dengan jelas dan yakin melalui verbal atau penulisan, tapi aku tahu aku fikir macam mana.

Adakah ianya holier than thou?

Aku tak rasakan begitu, kerana sesiapa sahaja yang mengetahui sesuatu pengetahuan itu, sudah tentu dia akan berpihak dan ingin memenangkan pengetahuan dia yang itu.
Frasa 'holier than thou' ini sepatutnya hanyalah relevan dilabel apabila seseorang itu berkeras mempertahankan hujahnya walaupun sudah habis idea penerangan. Dalam erti kata yang lain; ego; tak nak kalah.

Walaupun kita rasakan pemikiran bawaan kita ini betul berdasarkan iman dan apa yang diajarkan pada kita, kita perlu mendalami pengetahuan yang boleh kita ekspreskan faktor dan kesan tentang sesuatu permasalahan atau undang-undang itu dengan jelas. Sekiranya pihak yang satu lagi berkeras dengan kepercayaan dia setelah penerangan daripada pihak kita diberikan, biarkan mereka. Jangan pula kita yang cuba keras sekerasnya mengalahkan mereka. Setiap orang mesti ada ego. Jangan biarkan ego kita memberi imej yang salah pada kepercayaan kita. Bila keterangan yang jelas diberi, masyarakat sekeliling perlu menilai yang mana satu baik dan mana satu salah. Percaya pada Allah dan diri bahawa kita sudah melakukan yang terbaik.

Berbalik kepada hipokrisi ialah;
Apabila ego meninggi, kita merasakan hujah kita adalah benar tapi sebaliknya, apa yang benar itu bukanlah sesuatu yang betul-betul kita laksanakan. Dalam erti kata lain; kita mengajak orang lain berbuat kebaikan tapi, diri sendiri ada bibit-bibit buruk yang besar dalam diri. Kenapa dikatakan besar? Kerana dosa besar atau dosa kecil yang dilakukan secara konsisten sekiranya masih tidak dapat dikekang, bermaksud, sesuatu yang silap dalam cara hidup Islam kita, sama ada dari segi solat (terutamnya) atau hati kita.

Begitulaaa...
Niat itu boleh berubah secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan menuju ke arah kebaikan.

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.