Pages

27 Jun 2016

Orang-orang Ittewr

Dalam masyarakat kita, personally, aku nampak ramai daripada kita ni suka mengikut pandangan majoriti yang bersuara, dan apabila minoriti mula bersuara, dan dirasakan "ya sebenarnya itu yang aku fikir", maka mulalah tukar terus haluan dan maka keluarlah modalnya "akhirnya, ada jugak orang yang cakap camni". 

Lepas minoriti sama taraf dengan majoriti, balance 50-50 or so-so, kemudian terus gaduh. Masing-masing merasakan masing-masing punya pendapat itu betul.

Ya, of course, aku pun ada pendapat tersendiri, punya ego juga.
Pendapat yang bertentangan dengan aku, aku akan analisis, tahap mana diorang boleh justify pendapat diorang...dan relevankah? Mungkin aku pun ada biasnya, tapi, aku masih mencari-cari kerana mungkin apa yang diorang katakan itu betul.

Persoalannya...sampai bilakah semua benda ini perlu dibahaskan?
Apabila nampak hangat di sosial media, dan deperdebatkan dengan teruk, nampak macam tidak relevan kerana masih ada lagi benda yang lagi penting yang perlu diuruskan dan dibahaskan. 

Tetapi, jika dibiarkan, untuk jangka masa yang panjang, isu ini akan bawa kesan yang buruk pada masyarakat juga. Ini bukan paranoid, tetapi berjaga-jaga. Untuk sesetengah perkara, kita kene pandang jauh-jauh biar generasi akan datang tidak rosak dan menjadi mangsa keadaan.  Kita nanti memang tak ada, sudah mati,  tak akan rasa apa yang generasi akan datang rasakan. Ibarat kita yang menyalahkan generasi-generasi lepas atas apa yang berlaku sekarang (yang dirasakan menyakitkan atau negatif kesannya), macam itu juga generasi akan datang punya pandangan terhadap kita.

Apa yang aku nampak kat sini ialah sebenarnya Jati Diri
Jati Diri sebagai seorang manusia which common sense yang sepatutnya terikat dengan ajaran agama.
Jati Diri sebagai seorang Islam itu sendiri...kenapa? Sebab Islam mengajar perkara-perkara baik, cuma kita tidak bangga dengan ajaran itu dan mungkin disebabkan beberapa faktor, ada antara kita yang hanya Islam pada IC.
Untuk yang bukan Islam, agama mana-mana pun, akarnya, semuanya benda yang baik apabila melibatkan akhlak. Terikatlah dengan ajaran dan adab yang baik yang mana boleh memberikan kesan positif pada masyarakat dan diri awak-awak. 

P/s: Ok, post ini sangat on the surface. Tak ada contoh langsung.
Banyak sebenarnya contoh-contohnya, tapi tak pandai nak hurai. Selalunya aku akan meleret dan melencong ke tempat lain and then lupa dan lost, apa yang perlu ditulis.
Masalah gak tu.Boleh berfikir.... 

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.