Pages

22 Nov 2016

Niat Niat Niat Nia Ni !!!



Aku ni seorang yang berjiwa besar, tapi boleh jadi berjiwa kecil bila niat salah dan usaha tak ada.
Dari sekolah menengah lagi aku bercita-cita besar.
Aku suka nak menonjolkan diri by joining pertandingan akademik dan sukan. Kenapa? Sebab aku boleh ekspreskan diri aku dan upgrade diri aku kepada new level.
Tapi ada isu tertentu, aku tak berjaya dan sebaliknya aku hanya berjaya memandang orang yang berjaya itu dengan penuh kagum dan rendah diri dan most of the time, cemburu.
Sukan...tak berjaya.
Seni pertahan diri...tidak lama.
Debat. Sangat nak masuk, tapi tak berani. Spell it right je aku boleh pergi. Itu pun satu perkataan je dah disqualified. What an achievement.
Apatah lagi musik. Boleh berangan je.
Disebabkan ketidakberjayaan semua ni, aku sangat up bila dapat achieve benda yang orang lain tak dapat achieve. Lama kelamaan, niat aku berubah, aku nak jadi hebat sebab nak membolehkan orang lain hormat dekat aku.
Antara benda yang boleh aku buat dengan baik ialah dapat gred bagus tapi soft skill merayau-rayau tepi laut, nak jadi buih pun tak jadi. K. Ketepikan niat buruk aku tu dulu, memanglah ada niat baik aku yang lain, sebab apa nak dapatkan gred bagus, tapi kita cerita niat buruk kat sini sebab nak ambil pelajaran. Ok, masuk niat tak baik ini balik.
Niat ini memang membunuh.
Alhamdulillah aku berjaya masa SPM dan sangat berjaya.
Gambar aku dan beberapa yang lain yang sepesen diprint dekat dewan sekolah pekkk! Tampal kat dinding.
Aku rasa hebat. Tapi perasaan dipandang itu hanya bertahan beberapa bulan sahaja.
Tawaran lepas SPM pun hebat, yeay!!! Sekali lagi niat yang salah wujud.
Tak sangka along the way...it was depressing moments. Long story short; aku gagal.
Takpa, biarlah aku berada di tanah pusaka tersayang ini. Bulan-bulan terawal lepas kegagalan tu, aku rasa agak segan la, sebab, even dekat gambar kat dinding dewan itu, dah state dah aku akan study abroad. As time goes by, chill rileks ar, ramai yang senasib.

Tapi as time goes by again, kengkawan aku yang dulu-dulu dah berjaya sekarang...
Sekali lagi, diorang berjaya dapat benda yang aku sampai sekarang tak dapat-dapat.
Siapa tak rasa sedikit upset kan.
Nak buat macam mana. Luh mahfuz dah tertulis semua ini. Bukannya aku tak usaha, bukannya tak berdoa. Tapi, di sebalik semua ini, adalah benda, kinda disputes yang mungkin aku tak settle, dan ada dosa pada Allah, ibu bapa, family kengkawan an. You know what, to fix all of these things is totally a jihad.
Well, betul la orang cakap kan, kalau nak bahagia, jangan tengok instagram feed. hewhew.
My problem is im kinda a competitive person, and totally got trust issues over people or things.
And again to fix all of these things arent easy.
Betul la kata Yui dalam lagu LIFE.

Weh, guys, the root here is all about intention.
Niat itu penting.
Tapi itulah guys, along the way kalau kita nak berubah tu...just chill, do what you need to do jer, the rest tu, serahkan pada Allah. K..

nah...ni Pishang cheese

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!