Pages

5 Dec 2015

Untuk Raih Rehat Lalu SOLAT






illusion.scene360.com
Aku tidak tahu apa-apa pasal diri kamu.
Kamu tidak tahu apa-apa pasal diri aku.

Apa yang aku nampak pada kamu hanyalah sesuatu yang tidak sampai 1/2 pun daripada apa diri kamu yang sebenar.
Apa yang kamu nampak pada aku hanyalah sesuatu yang tidak sampai 1/2 pun daripada apa diri aku yang sebenar.

Aku tidak tahu sejauh mana perjuangan dirimu dengan dirimu sendiri.
Kamu tidak tahu sejauh mana perjuangan diriku dengan diriku sendiri.

Aku tidak tahu sejauh mana kepenatanmu.
Kamu tidak tahu sejauh mana kepenatanku.

Muka raut wajah boleh menggambarkannya.
Dan hanya yang kuat sahaja boleh wujudkan satu lapisan raut wajah yang lain, menyorok raut wajah yang sebenar.

Aku dan kamu sama-sama ingin berehat.
Mengharapkan escapism yang diiringi dengan fantasi.
Fantasi...
Akhirnya, realiti juga yang terbentang.
Apa yang ada pada diri, diri pemikiran, diri dalaman, diri luaran...itu juga yang harus diterima.

Jantung masih berdegup.
Minda masih ligat berfikir.
Tenaga bebas keluar.
Toksin hitam terkepam di dalam.

Bismillahirrahmanirrahim...
Usolli fardhu ssubhi rak'ataini adaan lillahi ta'ala.
Itu permulaannya.
Aku mengharapkan rehat sebenarku ialah  solat.
Rehat yang aku boleh kecapi di dunia sementara ini.
Aku mengharapkan ketenanganku ialah  kalimah suci.
Tenang yang membawa kepada penerusan perjuangan.

Bukan tidur,
Bukan bermain sehingga lara.
Tetapi, solat.
Kalimah-kalimah suci dalam solat...
yang mana harus diFAHAMi dan diHAYATI

Bagaimana sesebuah bangunan boleh berdiri...itulah fungsi sesebuah tiang.


WaAllahua'lam



No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.