Pages

21 Nov 2015

Hidup Dandelion



Hidup ini ialah satu perjalanan yang panjang.
Bagi seseorang manusia yang diberikan kebolehan yang normal dari sudut akal, pasti akan sentiasa merasai pahit getir hidup. Tidak kira, sekaya mana pun orang itu, tidak kira semiskin mana pun orang itu, tidak kira secantik mana pun orang itu. Semua rintangan yang dibenci pasti akan dilalui. Sebab kita adalah manusia waras. Juga, kebahagiaan dan kenikmatan juga pasti akan muncul di tebing, tengah kehidupan. Roda bergerak. Pelangi muncul dek selepas badai hujan. Angin bertiup sepoi-sepoi. Kenapa aku katakan manusia waras? Sebab hanya manusia waras yang boleh menilai kebahagiaan dan keperitan hidup yang dilalui.

Di mata insan yang lain, mungkin ada yang terlihat kebahagiaan yang nya semata-mata.
Tidak! Setiap manusia, pasti ada jatuh naik nya.
Dan kita berada dalam masyarakat yang sedemikian rupa.
Aku jatuh. Kak Nor naik. Aku naik. Maiya jatuh. Maiya naik. Ain jatuh. Naik balik. Jatuh...Jatuh, naik balik. naik balik. Looping, again and again (*kenapa aku mention nama dak dak tu lol haha).

Apa-apa pun. Setiap rintangan itu, ada sebabnya. Kita belajar daripadanya. Maka, cubalah sesuatu yang sebenarnya mencabar kebolehan, mencabar kebahagiaan anda...cuba untuk manage kesedihan dan kebahagiaan yang dimiliki, supaya kita menjadi lebih rasional dan bermotivasi.

At the end manusia akan mati juga. Jadi, daripada sedih, kecewa sampai ke mati, lebih baik get up and gain something from the turbulence yang dihadapi....because, surely, you will gain something beneficial. (*sorry, rojak lak haha)

...because, I am dealing with discomfort situation which always bring anxiety to me.
It really helped me a lot.
Alhamdulillah.
Thanks to those who helped. Really appreciated






No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!