Pages

15 Nov 2015

10 tip untuk tidak tidur lepas Subuh [FOR BEGINNERS]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Bangun pagi...bukan kerana rasa nak buang air, tapi serabut dengan bunyi alarm.
Oh...dah masuk Subuh.

Sebagai seorang muslim, maka bangunlah untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba untuk pengabdian kepada Allah. Task done. Tahniah kerana bukan subuh gajah yang berjaya dilakukan. Semoga ibadat akan diterima Allah.

Suasana gelap lagi.
Mata berat boleh tahan. Nak tidur ke tak. Diri sendir berperang sesama diri sendiri.
Walhal, baru semalam, berazam tidak mahu tidur lepas subuh lagi.

Pertama, bangun awal pagi, apatah lagi lepas pengabdian diri pada Allah, yang Maha Pencipta, rezeki sebenarnya terbentang luas, Nak lepaskan ke peluang tu. Hari tu dah kene dah, tidur lepas subuh punya pasal, bangun-bangun tu, adik-adik dah makan habis nasi lemak ayam masakan mak. Haa kan dan melepas rezeki tu.
Kedua, bangun awal pagi, apatah lagi lepas pengabdian diri pada Allah, yang Maha Pencipta, rezeki sebenarnya terbentang luas, Nak lepaskan ke peluang tu. Hari tu dah kene dah, tidur lepas subuh punya pasal, bangun-bangun tu, adik-adik dah makan habis nasi lemak ayam masakan mak. Haa kan dan melepas rezeki tu.
Ketiga, bangun awal pagi, apatah lagi lepas pengabdian diri pada Allah, yang Maha Pencipta, rezeki sebenarnya terbentang luas, Nak lepaskan ke peluang tu. Hari tu dah kene dah, tidur lepas subuh punya pasal, bangun-bangun tu, adik-adik dah makan habis nasi lemak ayam masakan mak. Haa kan dan melepas rezeki tu.

Lepas duk fikir-fikir...ehehe,..pak!
Collapse atas katil. Lol

Tak apa, sebenarnya ada sahaja penyelesaian. Ini adalah sebahagian cara yang aku boleh serapkan melalui pengalaman sebagai seorang beginner yang cuba untuk elak tidur lepas subuh.

1. Bangun pagi tu, dah positifkan diri. Kau kene terima kehidupan kau seadanya. Syukur. Jangan hiraukan apa orang lain fikirkan tentang kau. Alhamdulillah.
2. Solat Subuh KHYUSYUK. Sebelum solat subuh, luangkan masa basuh muka, gosok gigi. Tengok muka dalam cermin senyum.
3. Part ni susah. Hindari katil! Jangan baring atas sejadah.
4. Bukak komputer, buat sesuatu yang boleh celikkan mata. Kalau nak tengok movie pun boleh. Berblogging ke. Of course, kalau boleh buatlah sesuatu yang bermanfaat.
5. Makan. Terus breakfast lepas solat tu. Amik roti, sapu planta letak dalam pembakar, pasang plug, on suis. Haa..amik efforts ke bukan nak boleh ke makan roti tu.
6. Berjogging, beriadah, berekreasi. Kalau malas nak buat dekat luar dengan suasana yang hijau, boleh jugak buat dekat bilik. Simple basic work out. Boleh tengok Youtube.
7. Kemas rumah. Basuh tandas. Rumah mesti ada susunan barang yang tak betul walaupun rumah dah sentiasa disapu berhari-hari. Cuba cek meja study, kemas tak. Tengok almari, kemas tak. Haaa. Kemas kemas!
8. Basuh baju. Haaa yang ni memang tak ngantuk kalau buat.
9. Baca buku. Mungkin yang ni agak susah nak buat. Lagi ngantuk mungkin. So, carilah buku yang memang eager nak tahu lebih bila kita baca. Haa.
10. Jangan malas. Kau malas, negatif, memang dari awal lagi la memang fail nak usahakan diri untuk tak tidur lepas solat Subuh


Selamat mencuba dan selamat memulakan hari yang baru.




p/s: Gambar semua carian google. Dont sue me.

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.