Pages

24 Sept 2015

Minat

Hi. Assalamualaikum.

Minat ialah salah satu fitrah manusia yang mana boleh berubah dari masa ke masa.
Macam mana minat kita terhadap seseorang atau sesuatu itu timbul dalam diri kita. Cuba fikirkan kembali, bagaimana kita boleh minat seseorang itu atau sesuatu benda seperti hobi macam membuat plush toys ataupun minat terhadap jenis muzik jazz based lebih daripada minat muzik yang lain genre.Apakah disebabkan rupanya, atau bawaan hobi itu dipaparkan di televisyen yang mana memberi kita persepsi yang hebat terhadap kita apabila kita melakukannya? Atau ada sebab-sebab yang lain?

Berdasarkan pengalaman, minat itu datangnya daripada 'kesan' mendalam yang sudah lama tersembunyi di dalam diri. Kesan apa? KESAN hidup. Apakah itu? Bahasa melayu apakah ini?


Fikir...

Selama awak hidup, banyak liku-liku yang awak lalui. Tiap-tiap manusia, jalan bengkang bengkoknya bukanlah sama. (tahu hakikat ini, tapi masih persoalkan takdir). Disebabkan jalan yang tidak sama itulah, membawa personaliti yang berbeza untuk tiap-tiap manusia, supaya kita semua saling melengkapi. Setuju tak awak? Di sepanjang perjalanan, apa yang awak lihat, dengar, rasa, sentuh, telah memberi gambaran dan persepsi terhadap kehidupan yang awak lalui, iaitu tentang orang sekeliling, tentang perkara yang sudah lalu, perkara akan datang, tentang apa yang ada sekeliling awak dan juga tentang diri awak sendiri. Reaksi awak tentang apa yang awak dapat daripada sensory organs awak itu boleh jadi gembira, tenang, pelik, marah, busuk hati, sedih, dendam, kelakar, benci, sayang dan sebagainya. Dari situ, persepsi awak, personaliti awak mungkin boleh jadi berubah. Awak dah jadi orang baru. PENGALAMAN. Memandangkan persepsi orang baru seperti awak ini berubah, maka cara awak pandang sesuatu itu berubah terutamanya bila apa yang awak pandang itu ialah sesuatu yang sama dengan apa yang awak lalui. EMPATI....salah satunya. Itulah KESAN hidup.

Apabila persepsi berubah, cara pandang berubah, MINAT pun berubah. Secara fitrahnya, manusia akan cuba membuang perkara yang menyakitkan dan cuba menghasilkan perkara yang menenangkan dan menggembirakan diri. Lagi baik, bila orang-orang sekeliling pun cuba untuk digembirakan. Tetapi, tak semestinya begitu, MINAT juga mungkin sesuatu yang boleh mengingati perkara yang menyakitkan, menyedihkan mendustakan apabila dilakukan. Manusia itu kompleks bukan? MINAT yang dimaksudkan ini bukanlah sesuatu yang bagus untuk dilakukan sekiranya untuk menenangkan diri. Malah, mungkin membawa sedikit kemerasukan dalam diri, tanpa ekspresi...dipendam, dicengkam, bagaikan zarah-zarah yang bergerak dengan ganas sekali untuk mengeluarkan diri daripada bekas medium tertutup rapat apabila dididihkan!!! Tidak juga...mungkin ianya hanya membawa satu jumlah murung yang sedikit dalam diri, tanpa disedari.

MINAT.
Minat baik yang dilakukan dengan konsisten boleh membawa kebaikan pada diri. Diri akan jadi lebih berkembang dari segi pemikiran dan kebolehan dalam sesuatu perkara (depends pada minat). Jika dirasakan minat itu ialah sesuatu seperti yang membawa kebaikan seperti membaca buku sejarah atau aktiviti menembak, maka teruskannya dengan konsisten. Awak jangan berputus asa, ok. Pada waktu akan datang, minat awak itu akan berguna. Mungkin KESAN hidup membawa perubahan pada minat awak dari masa ke masa. Tetapi, sekiranya minat yang sebelumnya diyakini, akan membawa, 1001 kebaikan pada masa akan datang (sila fikir jauh), maka, bawalah ia bersama-sama).

Kalau minat awak itu minat yang tak berguna, melarakan, lebih baik awak terhadkan masa untuknya, sekadar untuk melepaskan tekanan, atau jika dirasakn lebih baik untuk berhenti maka berhenti.


Jangan berputus asa untuk meninggalkan perkara yang sia-sia. Ok, jom ketawa berjemaah sementara apa yang aku katakan ini ada betulnya.

Gunakan masa yang ada itu sebaiknya. Ok. Peace!!! =D

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!