Pages

27 Sept 2015

Kotor

Assalamualaikum dan hi.

Benda yang kotor seharusnya dibersihkan.
Badan yang kotor seharusnya dibersihkan dengan mandian.
Muka yang kotor seharusnya dibersihkan dengan produk kecantikan.
Lantai yang kotor seharusnya dibersihkan dengan pencuci lantai.
Jiwa yang kotor seharusnya dibersihkan dengan perkara-perkara yang suci.
Minda yang kotor seharusnya dibersihkan dengan perkara-perkara yang suci.
Negara yang kotor seharusnya dibersihkan dengan pemimpin dan rakyat yang punya integriti, jiwa dan minda yang bersih, ada common sense, dan berilmu, dan yang paling penting berpegang kepada agama yang mengajar undang-undang yang perlu dipatuhi. Undang-undang apa? Undang-undang diri iaitu akhlak, undang-undang kekeluargaan, undang-undang kemasyarakatan, dan undang-undang negara.

Kadang-kadang, ada yang bahaskan,
"Kenapa nak bersihkan benda yang kotor?
Kalau bersih nanti kotor balik."
...macam budak-budak mentaliti orang yang macam ni.

Kotor balik? Bermaksud kekotoran itu akan sentiasa berulang. Jadi kebersihan di sini, ialah sesuatu yang perlu dijaga. DIJAGA. Bukannya dibuat. Bermakna, tiada apa yang kekal, tapi kita yang kena jaga. Selalu kene buat maintenance. Kenapa tak boleh nak kekalkan kebersihan, kecantikan dan kesempurnaan? Sebab tiada yang kekal. Walaupun tidak kekal, masih lagi boleh dijaga.


No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!