Pages

28 Jun 2016

PILIHAAAN...

Rupanya, hidup ni tak de pilihan sangat.
Yang kita boleh pilih ialah emosi kita, nak berbahagia dengan pilihan yang kita boleh nampak secara fizikal itu atau terus bersedih dan kecewa.
Apa yang berlaku itu ialah ketentuan Ilahi.
Yang belum berlaku pun tentulah Allah pun Maha Mengetahui juga.
Tetapi, apa yang belum berlaku itu, manusia semestinya takkan tahu dan masih boleh berUSAHA untuk terus menuju ke arah keberjayaan. Ada harapan lagi beb.

Kenapa aku menaip cenggini,
Aku mula fikir, susahnya jalan yang aku pilih ini. Dan bila aku fikir balik pilihan yang aku buat itu, sebenarnya datang dari peluang yang terhad dan faktor-faktor menghalang...bermakna, aku tiada pilihan.
Aku mula fikir, betulke masa depan yang aku impikan dalam kerjaya akan tercapai. 
Naik tangga satu sem, aku rasakan semakin susah.
Memang daripada sekolah menengah aku merasakan penglibatan dalam kerjaya mesin, industri itu seronok.  Tapi, isi upu, bidang itu bukanlah yang aku pilih kerana beberapa faktor yang menidakkan keyakinan aku.
Ternyata ipt yang aku masuki tidak membuka ruang untuk aku menceburi bidang yang ak rasakan seronok tu... kerana aku fikir, apakah aku mampu untuk menguruskan suasana pekerjaan itu nanti, apakah aku mampu memahami semua konsep teori tu?
Sebab itu, aku memilih Biology.
Hah.. gagal juga.
Tiada pilihan, tiada pilihan
Aku dikehendaki ke IPT dalam bidang kejuruteraan juga... kerana apa?  Kerana sponsor. Ak tak nak berhutang. Memandangkan rezeki aku dengan tawaran dan peluang kedua ini, aku memilih ke bidang kejuruteraan yang ditawarkan.
Rasa seronok berbaur risau weh.
......

Dan sekarang, masuk sem 3, aku risau dengan pemahaman konsep. Aku perlu tahu dari akar tentang sesuatu mekanisma, tapi hakikatnya, apa yang ada dalam silibus, tidak fokus dari akar lagi. Aku susah nak terima teori tanpa mengetahui 'kenapa dia boleh jadi macam tu'. Tapi untuk tahu lagi dalam mengambil masa dan tenaga...
Susah untuk aku handle...
Performance semakin menurun.
Mampukah aku?

Ingat wahai diri, mungkin secara fizikal, kita tiada pilihan.
Tapi, secara dalamannya, kita ada pilihan.

Jadi diri, apa yang hang perlu buat skang ni.. haaa

1 comment:

  1. in sha allah, yakin dengan pilihan tu. you can do it. and on top of it you have a sponsor. be grateful. not everyone can afford such luxury.... kita usaha. Allah akan tolong guide. tgok la contoh aku. tak sangka leh lulus master. pdahal ak nampak aku nye shortcomings and i was redha kalau x lulus pon masa viva. tp aku usaha dan doa. alhamdulillah lulus.... pertolongan Allah itu dekat. :P

    ReplyDelete

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.