Pages

30 Apr 2017

Doktor Pakar Sakit Puan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Bercakap menurut perspektif Islam kita sedia tahu bahawa malu itu sebahagian daripada Iman.
Dalam keadaan normal, di mana keadaan tenang kita masih boleh berfikir dengan tenang tanpa gangguan atau ketika keadaan yang tiada risiko pada mana-mana pihak termasuk diri sendiri, kita bebas membuat keputusan, kita nak yang mana; ikut preferences kita; ikut sedap hati kita.

Tapi, apabila melibatkan darurat, dan mengakibatkan risiko jika dibiarkan berlarutan kerana tidak dapat membuat keputusan untuk bertindak, semestinya kita akan memilih apa yang ada didepan mata yang mampu memberikan sesuatu yang terbaik buat kita.

Berkenaan dengan isu Gynecologist atau Pakar Sakit Puan.
Umumnya salah satu kerja dalam bidang Sakit Puan atau Doktor Sakit Puan, akan menyambut bayi. Isunya ialah ada yang mengatakan dikhuatiri akan menaikkan nafsu lelaki sekiranya doktor lelaki yang menyambut kelahiran bayi tersebut. Isu ini hebat diperkatakan oleh netizen-netizen yang beragama Islam terutamanya kerana kita sebagai orang Islam ada peraturan mengenai aurat dan tundukkan pandangan.

Logik di sini ialah menyambut bayi bukanlah sesuatu yang 'tenang' atau 'seronok' untuk dipandang.
Pertama: Doktor akan fokus pada nyawa bayi itu sendiri dan juga nyawa si ibu itu; masa yang ada hanya untuk fikir pasal itu.
Kedua: Logiknya, proses kelahiran itu ialah proses yang menginsafkan bila dilihat. Faham2 je la.
Ketiga: Kesakitan yang dialami oleh si ibu itu sendiri sekiranya tiada pilihan lain (memandangkan tidak mngikut spesifikasi majoriti masyarakat atau pilihan diri dia sendiri), akan membenarkan mana-mana manusia pun untuk menyambut bayi dia.
Keempat: Nyawa anak, siapa tidak sayang.

Memang ada sesetengah pihak yang berkeras untuk mengambil servis doktor perempuan sahaja bila tibanya waktu untuk melahirkan anak.
Ya. Sebaiknya itu la pilihan yang terbaik. Wanita sendiri akan punyai perasaan malu itu bila mengetahui individu yang menyambut kelahiran anaknya itu ialah seorang lelaki.
Ada sahaja wanita yang tidak kisah, asalkan anak dia dan diri dia selamat dilahirkan dan selamat melahirkan.
Tapi masing-masing ada pegangan masing-masing dan umumnya kita sebagai seorang Islam kita tahu yang ini ialah Fardhu Kifayah dan kita tahu perasaan malu kita itu terbatas dimana dan letaknya rasa malu itu bila keadaan itu di mana.
Satu tanggungjawab masyarakat juga untuk menyedari hal ini supaya dapat meramaikan lagi doktor-doktor sakit puan yang terdiri daripada kalangan wanita sendiri.
Bukan sahaja isunya dalam menyambut kelahiran bayi tetapi juga apabila sampai masa untuk wanita memerlukan servis doktor untuk membuat pemeriksaan di kawasan privasi wanita untuk tujuan kesihatan. ---> Yang ini aku risau jugak.

Untuk masa sekarang, kalau tiadanya pilihan itu, apa yang ada itu harus dipilih demi kesejahteraan semua pihak.

Yang aku risau ialah, bila mula perdebatan antara netizen netizen.
Kenapa risau;??? - sebab macam mana pemikiran kita semua terpacak dalam hal ini dan kita ialah masyarakt yang kelak govern undang-undang biarpun bukan secara langsung.
Ada yang menyokong bahawa doktor wanitalah yang perlu menyambut kelahiran bayi tapi
memberi alasan bahawa mati itu adalah lebih baik daripada menerima doktor lelaki untuk menjadi doktor penyambut (read as:penyelamat dengan izin Tuhan)
Ada yang memberi alasan bahawa ianya akan membangkitkan nafsu lelaki ketika proses menyambut kelahiran anak.

Mereka tidak memberikan alasan yang betul dan sekarang sudah jadi viral; menampakkan seolah-olah merekalah yang represent pandangan majoriti masyarakat.

Untuk sesiapa yang berhajat mengambil bidang medik, digalakkan bagi anda wanita-wanita untuk mengisi kekosongan sebagai doktor yang kelak boleh menyambut kelahiran anak-anak pada masa hadapan. Belajar dan perjalanannya mungkin susah dan panjang, tapi awak-awak akan bagi sumbangan yang besar sesangat besar pada masyarakat.

Untuk masa sekarang, kita usahakan mana yang ada dan gunakan dan benarkan mana yang ada.
"What choice do we have"

WaAllahualam


No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.