Pages

14 Nov 2015

Risau

Semoga Allah permudahkan

"Selalu berfikir sampai ke akar umbi yang kuat
Selalu berfikir sampai ke cabang yang berbunga dan berbuah lebat
Tapi, ku
Risau akan akar umbi yang semakin lemah
Risau akan cabang yang keguguran daun
Risau akan kelayuan jasad

Risau...
Membuatkan aku menangis ketika makan
Membuatkan aku sukar untuk melelapkan diri pada waktu malam
Membuatkan aku membazir masa Membuatkan diri ini sengaja melelapkan diri hanya kerana untuk menghindari kerisauan yang sementara
Membuatkan diriku tidak boleh menguruskan Hal penting
Membuatkan diriku kusut.
Membuatkan diriku ingin melarikan diri, keluar daripada suasana yang sama ini.

Malangnya, impian untuk melarikan diri selalu tidak kesampaian.

Aku risau, menangis...
Ya, realiti juga yang harus aku hadapi.
Membuatkan aku melalui fasa fasa Yang sama.

Sedih ketika dapat mengunyah makanan
Sedih apabila perlu menghadapi suasana menyakitkan yang sering berulang
Sedih dengan pemikiran diri

Fasa yang sama
Tapi, tahun demi tahun,
walaupun fasa fasa sama yang dihadapi, aku semakin berubah.
Walaupun fasa fasa sama yang dihadapi,
plot perjalanan aku berbeza, hari demi hari.
Sihat dan sakit bersilih ganti
Senyum dan tangis bersilih ganti
Turun naik terus diulang ulang lagi
Sudah pasti, sampailah aku menjumpai kebahagian
Tidak juga,
Sudah pasti, sampai lah kisah hidupku tamat
Tidak juga,
Segala pemikiran, perbuatan pasti mendapat balasan.
Kisah hidup tamat, tidak bermakna hidup kita betul-betul tamat.
Adanya tempat dan waktu yang sudah pasti kita akan dinilai pencapaian kita, perbuatan kita, penilaian kita sepanjang perjalanan hidup kita, yang mana sebenarnya adalah singkat.
Di mana kita selepas mati?

Semoga diberikan pengakhiran yang baik.
Mati itu ialah permulaan.

Sebelum itu, sedih gembira yang berulang -ulang, gelak tangis yang berulang -ulang...
Risau...
Risau...
Risau...
Bagaimanakah kita hayati dan menjiwai dua nilai hidup itu.
Kepada kuasa apa yang kita harapkan?
Sedih atau gembira, manusia akan mati juga akhirnya.
Pilihan untuk persepsi tentang nilai-nilai hidup, kita yang tentukan.
Kita yang memilih, dengan pengharapan pada yang ilahi. "

- a sad heart.


No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.