Pages

10 Dec 2015

Koyakkan kertas dan buangkan serpihan dari rooftop!!!






Pabilaku dihimpit penyakit kegelisahan.
Aku mula berfikir mencari-cari jalan keluar.
Habis semua bende dikaitkan antara satu sama lain haha.
Susah pulak dibuatnya untuk aku buat kerja apa yang patut.
Macam mana ini...
macam mana itu...
kenapa ini.. kenapa itu...
kalau ini..kalau itu..
haha
sampaila kepada konklusion yang tak habis habis.
Penat. Kerja yang patut dibuat tergendala.
Sampaikan, aku kadang-kadang tu, akan mengalami depresi
Tak nak fikir, tidur je kerje.
Bangun tidur, risau lagi
Sampai kesihatan pun terjejas.

Maka setelah gelisah, datangnya hari yang mana menjadi punca kepada kegelisahan.
Pada hari itu, peak level is achieved..membuatkan achievement kredibiliti ku menurun. lol.
Sakit. Expectation vs reality.

Namun, tiap-tiap masalah ada solusinya.
Kadang-kadang aku pakai term 'merehatkan diri' untuk aku tidak fikir, jumpa, atau bercakap dengan dengan apa-apa atau siapa-siapa yang boleh membuatkan aku gelisah.
Aku pun faham, ada situasi di mana aku tak boleh nak elak. Jadi, aku cuba menghadapinya dengan penuh profesional dan senyuman serta pandangan mata yang penuh kaliber. 'Be prepared'. For sure, after that occasion is over, aku akan sangat penat. Jadi, aku akan 'merehatkan diri lagi'. Rehatkan minda, dan reboot your mindset.

Alhamdulillah. Semua masalah ada penyelesaiannya.
Berusaha, berdoa bertawakal.

So, aku nak share, terdapatnya 20 sifat-sifat generasi yang cemerlang (actually 38). You read, you grab, you apply these.


  • Fikrah Islam - segalanya untuk Allah. Cth: Menang kalah itu datangnya dari Allah.
  • Mengagungkan syiar Allah - sebagai orang Islam, secara tidak langsung, kita membawa imej baik kepada Islam melalui pemakaian, percakapan, barang yang kita pakai.
  • Tawakal, redha dengan qadha'nya. - perkara yang tidak boleh diubah, kene terima. perkara yang boleh diubah, sekiranya dirasakan patutnya ada perubahan itu, maka berUSAHAlah untuk mengubahnya.
  • Pendek angan-angan - jadi seorang yang realistik. Impian dan target hidup mesti sesuatu yang realistik dan boleh dicapai.
  • Kaya Jiwa dan Qanaah - merasakan bahawa apa yang ada pada diri itu sudah cukup, Alhamdulillah!
  • Bersopan - lemah lembut dalam perkara yang perlu, bukannya tergopoh gapah buat sesuatu.
  • Tawadhu' - berendah diri
  • Mengasihi orang yang beriman
  • Bersifat tegas terhadap orang yang menentang Islam - level ketegasan bergantung kepada level penentangan mereka terhadap Islam.
  • Akhlak yang baik - boleh dilihat melalui percakapan dan perbuatan seseorang.
  • Bersaudara kerana Allah - bukanlah kerana kecantikan atau kekayaan yang membuatkan seseorang itu ingin berkawan/bersaudara dengan sesama lain.
  • Memaafkan yang menzaliminya - mungkin sukar, bergantung pada tahap kezaliman, tapi ingat, segala-galanya Allah yang menentukan.
  • Menahan marah.
  • Sabar
  • Lemah-lembut
  • Menzahirkan kebenaran - walaupun pahit
  • Amar maaruf, nahi munkar - sekurang-kurangnya, membenci dalam hati terhadap kemungkaran.
  • Muhasabah diri - sebelum tidur, especially. Muhasabah, istighfar, dan memaafkan yang lain.
  • Menganggap pujian dan celaan itu sama sahaja. - aku sangat salute pada yang mampu sampai tahap ini.
  • Memelihara kehormatan diri.

In shaa Allah, sakit yang berkaitan dengan psikologi or mental pun boleh jadi hilang. Sakit yang mana bersangkut paut dengan emosi, dan seumpamanya. (Kalau penyakit gila or mereng waAllahua'lam, aku tak tahu solusinya) Kenapa? Untuk mempunyai sifat-sifat ini, kita kene ada strong willing. Bila dah ada strong willing, in shaa Allah sifat ini akan sebati dalam diri, dan secara automatik segala sifat buruk yang ada pada jiwa akan hilang.

WaAllahua'lam. Selamat menjadi orang yang berjaya

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.