Pages

11 Dec 2015

Cabaran-Cabaran yang akan dihadapi bila nak BERUBAH

https://www.youtube.com/watch?v=38gWv8vozt4

Yeay. *lompat.
Pada pagi jumaat yang sejuk lagi hening ini...
Alhamdulillah. Sesuatu yang menggembirakan berlaku. Kegembiraan ialah pabila tercapainya kemenangan yang selama ni, kita dah berusaha lama untuk menjayakannya.
Di kesempatan kegembiraan, jom, nak share.
Semua orang secara fitrah, inginkan kebaikan. Those villains people pun sebenarnya cetek di sudut hati tahu apa yang diorang buat tu salah. Nafsu menguasai diri, menyekat keinginan untuk melakukan kebaikan. Hati dah gelap.

Segelap mana pun hati, masih boleh diubah digosok sampai licin berkilat. Besih.

Nak berubah dari sesuatu yang sudah lama kita hanyut bukanlah sesuatu yang mudah. Let say sekiranya awak  sudah melakukan tabiat merokok selama bertahun tahun, serlama 7 tahun let say. Awak tak boleh nak expect yang dalam seminggu itu awak boleh terus berubah, kecuali dengan izin Allah, yang awak mempunyai daya tolakan yang sangat-sangat kuat.
Psikologi nak berubah ni bergantung kepada keadaan diri dan sekeliling jugak. Banyak faktor.

Perkara-perkara yang perlu aware dan bersedia dalam proses perubahan

  • Expectation vs reality. Awak kene pendek angan-angan. Be realistic untuk berubah. Jangan expect terlebih-lebih. The way awak develop hasil usaha awak ke arah perubahan itu, slow-slow but konsisten, jangan mendadak.Tidaklah bermakna kalau 7 tahun awak merokok, so 7 tahun juga awak ambil masa nak hilangkan tabiat itu. Tidak. Cuma awak tak boleh nak expect lebih yang awak akan berjaya dalam short term macam tu je.
  • Awak akan sentiasa jumpa dengan situasi yang boleh mendorong kepada tabiat/perangai lama bila nak berubah ni. Penghalang kepada perubahan!!! Bila jumpa situasi camtu...u have to say "hmmm dah agak dah" sambil chow, move on. hohoho. Be prepared la maksudnya.
  • Keinginan tabiat lama akan datang menjenguk sekali sekala lol. Istighfar. Awak akan bermain 'tarik tali' dengan keninginan lama awak tu. Bersabar, dan move on, Jangan bersedih, Get up! Tetapkan azam balik. Bangun bangun! Keep saying that!
  • Awak tak boleh memaksa sangat hati awak tu. Awak kene slow-slow secara istiqamah berubah. Satu demi satu peningkatan. Dikhuatiri, satu masa dalam tempoh perubahan itu, awak akn give up., pastu burst in tears. Melepas...
  • Pandangan orang lain terhadap diri awak. Awak akan terdorong untuk fikir tentang apa yang orang lain fikir tentang diri awak. Kalau awak buat dengan baik, awak akan fikir negatif yang diorang fikir awak ni ingin menunjuk atau punya agenda yang lain. Kalau orang yang awak expect tu layan awak dengan elok, tapi the realiti pada hari tiu, dia moody or busy so dia tak berapa nak layan awak, awak pun mula fikir bahawa, dia sebenarnya merasakan awak itu hipokrit atau seumpamanya. Betul atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu. Awak, kita, mereka sebagai golongan yang tak tahu ni teruskan dengan keinginan untuk berubah tu. Itu semua hanyalah bisikan syaitan je nak buatkan diri futur, jatuh, dan putus asa dalam perubahan
  • Berlebih-lebihan. Jangan berlebih-lebih dalam sesuatu situasi, always keep in kesederhanaan. Ini diimplied untuk kegembiraan dan kesedihan. Apabila sesuatu yang baik berlaku, jangan terlalu gembira. Dan jangan terlalu sedih apabila sesuatu yang buruk berlaku.
Untuk saat ini, itu sahaja yang dapat dikongsikan.
Selamat berubah.
Berlembutlah dengan hati ya.
Sentiasa berdoa dan tawakkal pada Allah.

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!