Pages

11 Dec 2015

Good Morning from Malaysia

Assalamualaikum
hiii, hayatiii, my life.

 photo jawi2.jpg

Alhamdulillah.
Hidup di Malaysia, sebuah negara yang aman.
Dan itu merisaukan diri aku dan sebahagian rakan-rakan yang alpa dengan keamanan dan kesenangan yang diperoleh di Malaysia ini. Apakah kami menggunakan keamanan ini sebaik-baiknya?

Sebagai seorang manusia waras, aku tidak lari daripada masalah. Aku sering ingin melarikan diri daripada masalah-masalah itu. Sebahagian pemikiran aku masih tidak matang. Apa yang kelakar, sesetengah masalah, apabila aku fikirkan, membuatkan aku ingin lari dari Malaysia...

Faktanya, apa yang membuatkan aku bermotivasi untuk belajar di luar negara pada satu ketika dahulu ialah sebab aku ingin lari daripada subjek atau objek yang mana membuatkan aku dihantui dengan masalah-masalah itu. 'Bye-bye'. (maaf diri, ku dulu kurang matang)

Pernah aku menerima tawaran sambung belajar ke United States of America dalam bidang ijazah. Tetapi, di pertengahan jalan, aku tergagal. Memang tidak sempat sampai ke US pun! Kecewa bukan kepalang!

Lalu aku menjadi golongan yang berfikir. Termenung, pandanagan dihadapan kosong, tangan pada dagu.
Fikir punya fikir, sambil termenung dan makan burger sambil menangis..sampai sekarang. (metafore ke ni...)::

Aku ni jenis yang tidak boleh cuaca ekstrem. Cepat demam.
Aku ditugaskan untuk menyelesaikan masalah dalaman dahulu sebelum boleh mengahadapi masalah antarabangsa.
Sstuasi di US dan Eropah sekarang ini, kurang menyenangkan untuk mempamerkan keislaman [pandangan kasar kita yang tidak alami keadaan sebenar]. Sebagai seorang aku, mungkin aku tidak mampu bertahan dengan dugaan yang ada sekarang.

Malaysia...
aman...tiada perang, tiada deskriminasi yang teruk bagai tuh.
Cuma kos sara hidup semakin meninggi. Itulah, hakikat sebuah negara pengeluar petroleum, lol.
Walaupun adanya korupsi, kita sebagai rakyat marhaen yang diberi peluang belajar, fasiliti yang masih boleh guna, guna lah sebaik-baiknya, supaya negara pada masa akan datang akan jadi lebih baik. Kos sara hidup pun akan berpatutan dengan hasil ekonomi negara, suatu hari nanti, di mana generasi baru yang bermatlamat, bebas korupsi yang berada di tampuk pemerintahan!

Kami di Malaysia, gunakan, kemudahan dan peluang sebaiknya!
Kamu dari negara sana nun, bawa pulanglah dapatan yang boleh membawa kemajuan pada negara.

...walaupun perang dunia ke 3 sepertinya sudah menampakkan bibit-bibitnya.

1 comment:

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!