Pages

19 Sep 2016

Saya dah dewasa.... Jom...

Assalamualaikum.
Ni.. Budak baik näk menulis.
Bila dah ada chance mengundi, dah rasa cukup dewasa dah. Yaw sup!



Sebagai rakyat yang inginkan civilization dari segi pembangunan, sosial dan akhlak di negara, adalah satu kewajipan untuk memilih pemimpin yang baik.
Sekarang, masih banyak lobang negatif yang boleh kita nampak di negara kita baik pimpinan mahupun masyarakat.

Tengok macam mana kome semuo susun kasut memasing. Tengok berapa orang yang boleh punctual. Tengok hantu2 yang sedap hati buang sampah merata. Tengok masyarakat yang suka menghukum daripada cuba mendengar dan ubah. Begitu la corak mentaliti masyarakat.

Rasuah, income negara banyak tapi privilage yang dapat tak bertepatan dengan income negara. Kemiskinan masih belambak. Amik hak orang lain.. Daripada peringkat kampung lagi dah nampak.

Kalau masih macam ni.. Wawasan 2020 tak nampak perubahannya yang ke arah kebaikan.
Masa masih ada. Boleh ubah gaiss.
Simbiosis;  mutualism.
Jom ubah lebih baik
Diri sendiri... Sebagai ibubapa, sebagai adik beradik yang paling otai, sebagai guru, sebagai ketua kelas, sebagai jiran, sebagai menteri,  sebagai Perdana Menteri, sebagai raja. Pilihan di tangan kita.

Peace! 

No comments:

Post a Comment

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
in shaa Allah.

Best of the week!